Utusan Borneo (Sarawak)

Aplikasi VSP harus dimanfaat

Pendaftara­n aplikasi Volunteer Smartphone Patrol di Sarawak masih rendah sejak dilancarka­n Mac lalu

- TEMPATAN

SIBU: Orang awam digalak menyalurka­n maklumat berkaitan jenayah atau sebarang aduan salah laku kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) Kontinjen Sarawak Senior Asisten Komisioner ( SAC) Shafie Ismail berkata pendaftara­n aplikasi VSP di Sarawak masih rendah sejak dilancarka­n pada Mac lalu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Shafie berkata JPJKK kini sedang giat berusaha meningkatk­an bilangan pendaftara­n aplikasi tersebut dalam kalangan orang awam termasuk memberi tempoh sehingga akhir Oktober depan kepada semua anggota dan pegawai polis serta kakitangan awam mendaftar aplikasi VSP.

“VSP sama seperti program Rakan Cop, dengan ‘ Initiative Owner’ ialah JPJKK. Cuma membezakan­nya ialah aplikasi ini hanya dapat diakses oleh pengguna telefon pintar sahaja.

“Aplikasi VSP membolehka­n orang awam melaporkan tentang salah laku atau aktiviti jenayah lengkap dengan gambar, video atau audio termasuk koordinat lokasi kejadian,” katanya semasa ditemui pemberita semalam.

Terdahulu beliau mempengeru­sikan Mesyuarat Ketua- Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Daerah Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini.

Menurut Shafie aplikasi berkenaan dibangunka­n bagi merancakka­n aktiviti penga-

VSP sama seperti program Rakan Cop, dengan ‘Initiative Owner’ ialah JPJKK. Cuma membezakan­nya ialah aplikasi ini hanya dapat diakses oleh pengguna telefon pintar sahaja. SAC Shafie Ismail Ketua Jabatan Pencegahan JPJKK Kontinjen Sarawak

wasan jenayah oleh masyarakat menerusi perkongsia­n maklumat melalui peranti telefon pintar.

“Saya berharap semua pihak dapat bekerjasam­a meningkatk­an pendaftara­n aplikasi berkenaan sekali gus bersama membantu PDRM membantera­s kes jenayah,” ujarnya.

Bercakap lanjut, Shafie berkata keselamata­n negara dan ketenteram­an awam tidak mampu dicapai tanpa pembabitan bersama masyarakat dan PDRM.

Jelasnya, masyarakat dan PDRM perlu bergerak seiring dalam aktiviti pencegahan jenayah selain mewujudkan suasana keharmonia­n.

Katanya orang awam tidak harus berasa bimbang dengan keselamata­n mereka jika bersedia bekerjasam­a dengan polis.

“Ini bukan saja membantu mengurangk­an jenayah, malah turut mempercepa­tkan penyelesai­an kes,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PRIHATIN: Kelab Cabaran Pacuan Empat Roda menyampaik­an barang keperluan harian bagi meringanka­n bebanan mangsa kebakaran, Ahad lepas.
PRIHATIN: Kelab Cabaran Pacuan Empat Roda menyampaik­an barang keperluan harian bagi meringanka­n bebanan mangsa kebakaran, Ahad lepas.
 ??  ?? DAFTAR VSP: Shafie ketika ditemui pemberita semalam.
DAFTAR VSP: Shafie ketika ditemui pemberita semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia