Utusan Borneo (Sarawak)

UPSR SK Nanga Assan berjalan ikut jadual biarpun masih banjir

-

SIBU: Hari ketiga peperiksaa­n Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan ( SK) Nanga Assan berjalan mengikut jadual walaupun paras air banjir masih kekal kira-kira dua kaki setakat 11 pagi semalam.

Menurut sumber, keadaan air banjir mula meningkat naik mengikut air pasang ke paras 2 kaki di pekarangan sekolah tersebut mulai jam 9 hingga 11 pagi.

“Paras air didapati naik mengikut air pasang pada jam 9 pagi tetapi tidak membimbang­kan dan keadaan adalah terkawal,” kata sumber tersebut.

Katanya, kawasan sekolah dan jalan utama menuju ke jalan sekolah dinaiki air tetapi tidak menjejaska­n bangunan sekolah.

Bagaimanap­un 13 orang guru sekolah dan sembilan pengawas peperiksaa­n dan tiga Anggota Kakitangan Perlaksana­an (AKP) tidak mengalami sebarang masa- lah memasuki pekarangan sekolah menaiki kenderaan masing- masing menggunaka­n jalan kecil ( jalan alternatif).

Seramai 67 murid iaitu Tahun 4, 5 dan 6 hadir ke sekolah termasuk 30 murid Tahun 6 menduduki peperiksaa­n UPSR di sekolah tersebut semalam.

Sementara itu, keadaan air banjir di SK Tg Latap mencatatka­n ketinggian air satu kaki di kawasan sekolah dan 2.5 kaki di jalan raya menuju ke sekolah tersebut pagi semalam.

Bagaimanap­un peperiksaa­n UPSR dijalan seperti biasa dan seramai 72 murid hadir ke sekolah tersebut semalam.

Disebab paras air semakin meningkat di jalan raya semua guru dan pengawas peperiksaa­n terpaksa menaiki bot disedia Angkatan Pertahanan Awam ( APM Sibu) pulang ke Sibu pada 12.30 tengah hari semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia