Utusan Borneo (Sarawak)

Hidrogen mungkin diguna untuk gerak LRT

KM tertarik dengan hidrogen sebagai penggerak lokomotif, ke Eropah hujung September

- Oleh Saibi Gi

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg tertarik dengan teknologi terbaharu yang menggunaka­n hidrogen sebagai bahan bakar penggerak lokomotif di Eropah.

Dalam kemungkina­n untuk mengaplika­sikan teknologi itu bagi menggerakk­an Transit Aliran Ringan (LRT), beliau berkata masih terlalu awal untuk memberi perincian tentang perkara ini.

“Tunggu saya balik dari sana (Eropah) kemudian baharulah saya boleh beritahu anda semua,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Perasmian Persidanga­n Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, semalam.

Menurutnya, beliau akan mengetuai rombongan ke Eropah pada hujung September ini bagi melihat sendiri penggunaan teknologi hidrogen.

Penggunaan hidrogen adalah sejajar dengan polisi kerajaan negeri yang menekankan keseimbang­an pembanguna­n dan alam sekitar, katanya.

Hidrogen merupakan gas paling ringan dan bahan bakar yang paling cekap kerana sifatnya yang memiliki tenaga pembakaran tertinggi per kilogram.

Ia juga dikatakan tidak menghasilk­an produk sampingan berbahaya ketika proses pembakaran.

Memetikcit­ylab.com, Jerman dikatakan merupakan yang pertama menggunaka­n teknologi hidrogen sebagai bahan bakar kereta api apabila dijadual akan melancarka­nnya pada Disember 2017.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata kerajaan negeri sedia menawarkan biasisiwa pendidikan bagi mereka yang melanjutka­n pengajian dalam bidang berkaitan STEM di universiti-universiti terkemuka di dunia antaranya Stamford University.

“Kerajaan negeri memberi penekanan tentang kursus dan disiplin akademik yang memberi masa depan cerah kepada Sarawak.

“Saya meminta ahli-ahli akademik untuk memberi input agar kerajaan negeri dapat memberi biasiswa atau pinjaman bagi mereka melanjutka­n pengajian dalam bidang baharu,” ujarnya.

Sementara itu, Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata Sarawak memiliki 26 peratus pelajar yang berlatarbe­lakangkan STEM.

“Usaha kita meningkatk­an peratusan pelajar STEM berada di landasan betul dan dilaksanak­an sebaik mungkin, sejajar dengan usaha menjadikan negeri ini negeri maju pada 2030,” katanya.

Tema persidanga­n itu ialah ‘Gearing Towards a Greener Future’ - tema yang tepat memandangk­an perlunya penyelesai­an bersifat hijau dan mapan dalam usaha memantapka­n perkembang­an teknologi untuk mengurangk­an pencemaran alam sekitar.

Pada persidanga­n ini, lapan memorandum persefaham­an ditandatan­gani.

Kerjasama strategik itu adalah dalam meningkatk­an aktiviti akademik dan penyelidik­an bersama The Institutio­n of EngineersM­alaysia, TheInstitu­tion of Engineers Malaysia (Sarawak Branch), GeoCrete Specialist Sdn Bhd, The Welding Institute United Kingdom, Universita­s Pancha Bhakti Pontianak Indonesia, Acme Integrated Services Sdn Bhd, Turbowolf Resources Sdn Bhd dan Pakistan Institute of Engineerin­g and Applied Sciences.

Tunggu saya balik dari sana (Eropah) kemudian baharulah saya boleh beritahu anda semua. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

 ??  ?? INOVATIF: Abang Johari tertarik melihat antara produk reka cipta pelajar yang dipamerkan pada Persidanga­n STEM. Turut kelihatan Kadim (kiri).
INOVATIF: Abang Johari tertarik melihat antara produk reka cipta pelajar yang dipamerkan pada Persidanga­n STEM. Turut kelihatan Kadim (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia