Utusan Borneo (Sarawak)

Banjir bukan kekangan bagi guru, petugas jaga calon UPSR

-

ENGKILILI: Keadaan banjir melanda beberapa kawasan rendah di sini tidak mematahkan semangat dua guru bersama lapan pengawas peperiksaa­n menjaga calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan (SK) Ijok dan SK Basi Engkilili dekat sini semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Bahagian Sri Aman Siti Huzaimah Ibrahim berkata, berikutan jalan menuju ke dua sekolah ditenggela­mi air sejak awal pagi, pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sri Aman dikerah ke lokasi kejadian bagi membantu dua guru berkenaan berserta lapan pengawas peperiksaa­n meneruskan perjalanan ke sekolah terlibat.

Menurut Siti lagi, pihaknya membantu petugas dengan menghantar mereka menggunaka­n bot milik APM Sri Aman seawal jam 6.57 pagi dari jeti Jabatan Kerja Raya (JKR) Pasar Engkilili menuju ke Pangkalan Stuga dan Jeti Kampung Stuga.

“Petugas diiringi anggota APM bagi trip pertama menghantar seorang guru bersama lima pengawas peperiksaa­n ke SK Ijok manakala trip kedua pula menghantar seorang guru bersama tiga pengawas peperiksaa­n ke SK Basi, Engkilili.

“Anggota APM turut men- unggu kesemua guru dan pengawas UPSR di dua sekolah untuk membawa mereka kembali ke jeti JKR Engkilili sebaik selesai tugasan,” katanya.

Beliau menambah, kerja menghantar guru bersama petugas peperiksaa­n dilakukan berikutan jalan menuju ke SK Basi dan SK Ijok tidak dapat dilalui kenderaan kerana dinaiki air lewat malam kelmarin.

“APM Sri Aman menggunaka­n bot melalui Sungai Batang Undop sebagai pengangkut­an alternatif menghantar guru dan pengawas peperiksaa­n mengawas peperiksaa­n UPSR di dua sekolah rendah terbabit,” katanya lagi.

 ??  ?? MENJALANKA­N TUGAS: Wajah guru dan petugas peperiksaa­n yang menjaga peperiksaa­n UPSR di SK Ijok dan SK Basi, Engkilili yang meneruskan perjalanan ke dua sekolah diiringi APM Sri Aman awal pagi semalam.
MENJALANKA­N TUGAS: Wajah guru dan petugas peperiksaa­n yang menjaga peperiksaa­n UPSR di SK Ijok dan SK Basi, Engkilili yang meneruskan perjalanan ke dua sekolah diiringi APM Sri Aman awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia