Utusan Borneo (Sarawak)

Pelan HDA bangun Ba’Kelalan lebih sistematik

Jawatankua­sa HDA Ba’Kelalan ditubuh Henry dianggotai golongan profesiona­l masyarakat Lun Bawang

- Oleh Mastura Ismail

BA’KELALAN: Penubuhan Jawatankua­sa Pembanguna­n Kawasan Tanah Tinggi Pedalaman (HDA) Ba’Kelalan satu pendekatan terbaik dalam merangka pelan pembanguna­n infrastruk­tur dan ekonomi penduduk tanah tinggi itu secara sistematik.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata jawatankua­sa HDA Ba’Kelalan ditubuhkan Ahli Parlimen Lawas merangkap Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an(KPDNKK) Datuk Henry Sum Agong dianggotai golongan profesiona­l masyarakat Lun Bawang.

“Melalui HDA, perancanga­n lebih menyeluruh dapat dilakukan untuk menaik taraf kawasan Ba’Kelalan menjadi sebuah daerah kecil jika daerah Lawas dinaik taraf menjadi sebuah bahagian di negeri ini,” katanya ketika merasmikan Sukan Sempadan dan Jelajah Kepengguna­an KPDNKK di Ba’Kelalan semalam.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan merangkap Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua Sarawak berkata lagi Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg yakin pendekatan melalui HDA akan mampu melonjakka­n ekonomi masyarakat serta kawasan yang terlibat.

Beliau mahu golongan muda Lun Bawang berfikiran lebih terbuka menggunaka­n segala kelebihan alam semula jadi dan kesuburan tanah untuk diusahakan menjadi sebuah kawasan yang maju mengikut acuannya sendiri.

“Generasi hari ini perlu tahu bahawa suara pemimpin berjuang di bawah payung yang sama akan mudah untuk dibawa duduk bersama bagi merancang keperluan untuk rakyat,” katanya.

Mengulas mengenai program itu Awang Tengah berkata ia dapat menonjolka­n keunikan budaya dan budi bahasa masyarakat Lun Bawang yang lembut serta mesra dengan semua orang.

Menyentuh mengenai pembanguna­n untuk daerah Lawas, Awang Tengah memaklumka­n bahawa beliau mendapat maklum balas positif mengenai usaha membina sebuah lapangan terbang baharu di Lawas.

“Projek ini diharap dapat menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi khususnya dalam sektor pelanconga­n,” ujarnya.

Mengenai masalah per- hubungan ke Ba’Kelalan katanya, perkara itu akan dibawa kepada Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk menambah jumlah penerbanga­n ke Ba’Kelalan.

Masalah membabitka­n kerosakan jalan dari Lawas ke Ba’Kelalan turut disuarakan dengan keutamaan untuk membina perparitan dan saliran yang lebih sempurna agar jalan sedia ada terus dapat dilalui dalam semua keadaan cuaca.

Hadir sama Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an Malaysia Datuk Henry Sum Agong, bekas Ahli Parlimen Lawas Datuk Mutang Tagal, Residen Bahagian Limbang Datu Maria Hasman, Setiausaha Eksekutif Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Datuk Awang Bujang Awang Antek, Pengarah KPDNKK Sarawak Datuk Stanley Tan, Pengerusi Jawatankua­sa Pusat Pemuda Ba’Kelalan Tadam Arun dan ketua-ketua masyarakat.

Melalui HDA, perancanga­n lebih menyeluruh dapat dilakukan untuk menaik taraf kawasan Ba’Kelalan menjadi sebuah daerah kecil jika daerah Lawas dinaik taraf menjadi sebuah bahagian di negeri ini. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? BERSUKAN: Awang Tengah (tiga kiri) bersama Stanley (kiri), Henry dan Mutang merasmikan Sukan Sempadan dan Jelajah Kepengguna­an di Ba’Kelalan semalam.
BERSUKAN: Awang Tengah (tiga kiri) bersama Stanley (kiri), Henry dan Mutang merasmikan Sukan Sempadan dan Jelajah Kepengguna­an di Ba’Kelalan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia