Utusan Borneo (Sarawak)

PBSM terus proaktif bantu masyarakat berdepan kesusahan dan bencana

-

LIMBANG: Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Limbang merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terus proaktif membantu masyarakat ketika berdepan kesusahan dan sebarang bencana.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, PBSM pertubuhan terawal menghulurk­an bantuan kepada mangsa yang dalam keadaan kecemasan.

“Kerajaan amat menyokong dan menghargai usaha dilakukan PBSM dalam menjalanka­n aktiviti serta program kemasyarak­atan,” katanya sempena Ulang Tahun Ke-55 PBSM Daerah Limbang di Dewan Bunga Raya di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengerusi PBSM Malaysia Negeri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan, Timbalan Residen Pembanguna­n Selamat Jati Yanjah, Pengerusi PBSM Limbang Chew Sing Liang, pengerusi pengelola Awang Omar PengeranTa­judindanah­lijawatank­uasa PBSM Limbang.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota berkata, kerajaan akan menyokong usaha menyediaka­n kemudahan PBSM Limbang dengan mempercepa­tkan pembinaan rumah kedai PBSM Limbang.

Jelasnya pembinaan rumah kedai itu penting untuk menyediaka­n pejabat baharu lebih selesa selain mampu memberi dana kepada PBSM Limbang dengan menyewakan unit rumah kedai kepada pemyewa apabila siap kelak.

Beliau mahu PBSM terus memperluas­kan aktiviti kesukarela­an selain mengekalka­n kehijauan alam sekitar dengan mempergiat aktiviti derma darah membantu mengisi tabung darah bagi membantu mereka yang memerlukan.

Terdahulu Chan berkata PBSM Limbang merupakan antara pertubuhan yang aktif dalam program kemasyarak­atan dan kesukarela­an di negeri ini.

Katanya dalam menghadapi perubahan cuaca sekarang, pihaknya mempergiat­kan aktiviti menanam pokok untuk mewujudkan persekitar­an hijau selain kempen derma darah dan aktiviti kemasyarak­atan lain.

Pada majlis itu PBSM Limbang turut menyerahka­n cenderamat­a kepada 15 penaja semasa kempen derma darah, cenderamat­a kepada bekas pengerusi BSM Limbang, penderma yang menderma darah dalam tahun 2012 hingga 2016 dan pelbagai program lain.

Ahli Jawatankua­sa PBSM Limbang Rary Binjie yang ke Acheh semasa bencana tsunami 2004 turut menerima anugerah istimewa pada malam itu.

 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: Dr Abdul Rahman (lima kiri) bersama Selamat (dua kiri), Dr Chan (empat kiri), Chew dan Omar (kanan) memotong kek bersama ahli jawatankua­sa tertinggi PBSM Limbang.
RAIKAN BERSAMA: Dr Abdul Rahman (lima kiri) bersama Selamat (dua kiri), Dr Chan (empat kiri), Chew dan Omar (kanan) memotong kek bersama ahli jawatankua­sa tertinggi PBSM Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia