Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM giat tarik orang awam sertai pergerakan antirasuah GERAH

-

KUCHING: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini giat melaksanak­an kempen keahlian orang awam untuk menyertai pergerakan antirasuah di seluruh negara yang dikenali sebagai Sahabat Gerak Revolusi Anti Rasuah (GERAH) SPRM.

Timbalan Pengarahny­a Zulhairy Zaidel berkata setakat ini terdapat 5,800 anggota Sahabat GERAH di negeri ini dan kini menyasarka­n untuk merekrut 7,000 ahli menjelang 1 Oktober depan.

Beliau berkata Sahabat GERAH dilancarka­n oleh Ketua Pengarah SPRM pada 1 Ogos lalu sempena pelancaran pergerakan GERAH dan Kempen 3J (Jangan Hulur, Jangan Kawtim dan Jangan Settle) pada 8 Mei lalu.

“Dengan menjadi ahli Sahabat GERAH, SPRM berharap dapat melihat anggota masyarakat menolak rasuah secara total dan menggalakk­an masyarakat membenci mereka yang melakukan rasuah.

“Selain itu, SPRM turut berharap masyarakat di seluruh dunia menganggap rasuah sebagai musuh nombor satu mereka,” katanya.

Beliau mendedahka­n perkara itu ketika menghadiri Kempen 3J dan GERAH MARA bersama SPRM yang dihadiri ahli perniagaan, kakitangan, guru, pelajar MARA dan orang ramai di Bangunan Plaza Astana di Jalan Astana di sini, semalam.

Zulhairy berkata SPRM mahu masyarakat menjadi rakan mereka serta bertindak selaku mata dan telinga SPRM dalam menangani rasuah di negara ini sejajar dengan slogan SPRM - Mesra Rakyat, Digeruni Perasuah.

Beliau menambah, ahli Sahabat GERAH akan dikeluar- kan kad dan kini kempen ini diterima dengan baik dan telah menarik lebih daripada 54,000 ahli di seluruh negara.

Zulhairy berharap MARA Sarawak akan membantu mereka dalam merekrut lebih ramai ahli dan bersama-sama menangani rasuah di negeri dan negara secara keseluruha­nnya.

Beliau berkata isu rasuah menjejaska­n seluruh negara dan SPRM tidak akan menanganin­ya sendiri tetapi akan melibatkan semua orang.

“SPRM adalah kepunyaan rakyat, ikan bilis atau jerung, dalam jaring kami,” tegasnya.

Beliau turut mengumumka­n sempena sambutan Ulang Tahun Ke-50 SPRM pada 1 Oktober, pelbagai program dan aktiviti telah dirancang sepanjang September dan Oktober depan.

Salah satu aktiviti yang akan dijalankan ialah jerayawara antirasuah di seluruh negara menerusi program Kembara Jelajah Anti Rasuah (KEJAR) 2017 bermua 17 hingga 30 September.

“Di Sarawak ia akan bermula pada 24 September di Limbang dan berakhir pada 28 September di Kota Samarahan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah MARA Sarawak Dr Azmi Amat Murjan berkata program itu dijalankan serentak di seluruh negara oleh MARA dengan tujuan mendidik kakitangan dan masyarakat untuk membenci rasuah dan penyalahgu­naan kuasa.

Pada masa yang sama katanya, ia membawa mesej kepada semua kakitangan kerajaan dan kakitangan MARA bahawa usaha memerangi rasuah bukan tugas SPRM sahaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia