Utusan Borneo (Sarawak)

Hodgson pengganti De Boer

Bekas pengurus England itu dilantik sebagai pengurus baharu skuad The Eagles dengan kontrak dua tahun

-

LONDON, England: Roy Hodgson dilantik sebagai pengurus baharu Crystal Palace, menurut pengumuman kelab Liga Perdana Inggeris itu Selasa lepas.

Bekas jurulatih kebangsaan England berusia 70 tahun itu menggantik­an Frank de Boer, yang dipecat selepas empat perlawanan tanpa mata dan gol.

“Roy Hodgson dilantik sebagai pengurus baharu Crystal Palace dengan kontrak dua tahun,” kata satu kenyataan kelab.

Bagi Hodgson, yang lahir di selatan pinggir kota London, Croydon, membimbing Palace bermakna beliau kini membimbing kelab yang disokongny­a sejak kecil selepas satu kerjaya sepanjang lima dekad membimbing 15 kelab di lapan negara dan juga melatih empat pasukan kebangsaan.

“Ini adalah kelab yang saya sokong di masa masih kecil dan saya masih ingat di zaman remaja saya menonton perlawanan kelab di ( zon tempat duduk) Holmesdale Road dan ia mengembali­kan kenangan manis,” kata Hodgson ketika memberitah­u laman sesawang rasmi Palace.

“Ia amat menggembir­akan apabila mendapati diri saya di kelab ini sekarang, dalam masa yang sukar sebagai pengurus Palace di kelab yang saya sentiasa minat dan kagumi dengan potensi yang besar.”

De Boer dipecat selepas Palace tewas 0-1 di Burnley, menjadikan

Ini adalah kelab yang saya sokong di masa masih kecil dan saya masih ingat di zaman remaja saya menonton perlawanan kelab di (zon tempat duduk) Holmesdale Road dan ia mengembali­kan kenangan manis. Roy Hodgson Bekas Pengurus England

kelab itu yang pertama dalam Liga Perdana yang tewas empat perlawanan pertama musim ini dan juga gagal menjaringk­an sebarang gol semenjak Preston North End, 93 tahun yang lalu.

Tetapi Hodg- s o n pengurus tertua yang dilantik sebagai jurulatih Liga Perdana, menegaskan Palace boleh bangkit dari permulaan buruk untuk terus kekal dalam Liga Perdana.

“S a y a s e c a r a jujurny a tida k , percaya ada sesuatu yang sangat banyak yang perlu dilakukan,” kata Hodgson. “Anda boleh bermula dengan buruk tetapi apa yang perlu kita ingat ialah nasib kami akan ditentukan selepas 38 perlawanan, bukan empat perlawanan. “Kami harus bekerja-keras untuk kembali ke landasan saingan tetapi saya tahu kesungguha­n saya dikongsi bersama oleh pemain dan juga ia adalah tugas saya untuk memberitah­u apa yang saya mahukan dari mereka.” Ray Lewington, penolong Hodgson ketika membimbing England, juga akan menjadi penolong beliau di Palace selepas pernah dua kali menjadi pengurus sementara kelab. Kejuaraan yang dimenangi Hodgson sepanjang menjadi jurulatih ialah Liga Sweden (tujuh kali), Piala Sweden ( 2), Liga Switzerlan­d dan Liga Denmark sekali dan pernah membimbing empat kelab dalam Liga Perdana - Blackburn Rovers, Fulham, Liverpool dan West Bromwich Albion.

Tetapi ketika membimbing England, kekalahan mengejut kepada pasukan bukan pilihan, Iceland, menyaksika­n England tersingkir di pusingan kedua Euro 2016 dan menyebabka­n Hodgson membuat keputusan meletak jawatan selepas perlawanan.

“Saya tidak mahu menamatkan kerjaya saya dengan keputusan buruk tetapi saya fikir sepanjang 56 perlawanan bersama England dan hanya tujuh kekalahan, ia tidak seteruk yang dibayangka­n,” jelas beliau.

“Saya fikir kami berjaya mengubah skuad England dengan pasukan muda dan menarik yang anda lihat ketika ini.

“Kami tewas perlawanan di pusingan kedua dan saya berasa sangat sedih ketika itu. Saya gagal mengubah nasib pasukan tetapi saya gembira kerana berjaya kembali di bola sepak tertinggi di peringkat kelab.”

Hodgson mengetuai sesi latihan pertama Rabu lepas dan akan mengharung­i perlawanan pertamanya apabila Palace menanti kunjungan Southampto­n di Selhurst Park Sabtu ini. — AFP

 ??  ?? HODGSON
HODGSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia