Utusan Borneo (Sarawak)

Impian kanak-kanak leukemia jadi ‘anggota bomba’ tercapai

-

KOTA KINABALU: “Sangat gembira, hari inilah (semalam) paling saya ‘happy’, semua orang sambut,” demikian kata kanak-kanak penghidap leukemia Mohammad Saiful Iman, 13.

Kanak-kanak dari Kampung Sri Menanti, Kinarut ini gembira kerana impiannya untuk menjadi ‘anggota bomba’ tercapai semalam.

Dia yang kini menerima rawatan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas menjadi anggota bomba di pekarangan hospital berkenaan dengan turut disaksikan ibu bapanya.

Mohammad Saiful dipakaikan dengan pakaian lengkap anggota bomba dan dibawa menaiki jentera bomba yang sirennya dibunyikan dan bergerak di sekitar kawasan pekarangan hospital.

Dia dengan dibantu ang- gota bomba memegang hos pemadam api jentera bomba sambil memancutka­n air ke arah pokok di pekarangan hospital sebagai simbolik operasi memadamkan kebakaran oleh anggota bomba.

“Tidak apalah kalau tidak dapat ke balai bomba. Memang saya ada cita-cita untuk menjadi ahli bomba tetapi sudah sakit (begini), tidaklah dapat capai cita-cita saya itu. Tapi syukur Alhamdulil­lah, bomba datang sini dan bawa saya jalan-jalan, saya sangat happy,” katanya.

Pelajar tingkatan dua SMK Kinarut ini sedang menyambung pembelajar­annya di hospital.

Impiannya menjadi anggota bomba dipenuhi Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia (CWS) dengan kerjasama hospital itu dan Balai Bomba Lintas.

Pegawai Bomba Kanan 2, Rozamshah Rahmat berkata dari raut wajah kanak-kanak itu dia begitu teruja.

“Dia ucap ‘terima kasih abang bomba’ selepas sahaja kami membawanya turun dari jentera bomba dan menaiki semula kerusi rodanya untuk dibawa melakukan pancutan air sebelum dibawa semula naik ke wad,” katanya.

Sementara itu Naib Presiden WCS, Teoh Teik Hoong berkata mereka menerima hasrat Mohammad Saiful daripada pihak hospital dan seterusnya menyampaik­an hasrat itu kepada pihak bomba.

Katanya, sejak 2007 WCS sudah memenuhi impian kira-kira 700 kanak-kanak di seluruh negara dan 100 daripadany­a adalah kanak-kanak di Sabah. — Bernama

 ??  ?? AKIBAT BANJIR: Anggota APM membantu menghantar calon peperiksaa­n UPSR ke SK Lingkungan.
AKIBAT BANJIR: Anggota APM membantu menghantar calon peperiksaa­n UPSR ke SK Lingkungan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia