Utusan Borneo (Sarawak)

Suu Kyi tidak hadiri perhimpuna­n agung

-

YANGON: Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi, membatalka­n rancangan untuk menghadiri Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lewat bulan ini, kata jurucakap beliau semalam ketika pemenang Hadiah Nobel itu berdepan perhatian dunia ekoran krisis pelarian Rohingya.

“Kaunselor negara tidak akan menghadiri mesyuarat PBB,” kata jurucakap kerajaan, Zaw Htay, yang menggunaka­n gelaran rasmi Suu Kyi.

Jurucakap terbabit bagaimanap­un tidak menjelaska­n sebab untuk keputusan itu tetapi berkata Naib Presiden negara, Henry Van Thio akan menghadiri perhimpuna­n PBB, yang bermula minggu hadapan.

Pengumuman itu dibuat selepas Ketua Hak Asasi PBB, Zeid Ra’ad Al Hussein, menuduh Myanmar merancang serangan secara bersistema­tik ke atas orang awam Rohingya dan memberi amaran di mana penghapusa­n etnik kelihatan sedang berlaku.

Majlis Keselamata­n PBB juga merancang untuk bertemu untuk membincang­kan krisis itu, yang terus meruncing ketika jumlah pelarian Rohingya ke Bangladesh melonjak kepada 370,000 orang.

Mereka melarikan diri dari keganasan yang meletus di negeri Rakhine sejak 25 Ogos, apabila militan dari kumpulan minoriti Islam menyerang pos kawalan sempadan polis, menyebabka­n balas dendam secara besar-besaran tentera.

Suu Kyi, pemenang Hadiah Nobel kerana aktiviti demokrasi ketika di bawah pemerintah­an bekas junta tentera, pernah menjadi idola masyarakat antarabang­sa.

Beliau kali pertama muncul pada perhimpuna­n PBB pada bulan September tahun lepas setelah menjadi pemimpin awam pertama Myanmar selepas berdekad-dekad dan mendapat tepukan gemuruh para perwakilan.

Beliau berikrar untuk mencari jalan penyelesai­an yang sesuai untuk masalah kebencian etnik dan agama di Rakhine yang akan membawa kepada keamanan, kestabilan dan pembanguna­n untuk segenap lapisan masyarakat dalam negara.

Dalam satu petanda berapa jauh beliau sudah jatuh sejak menjadi idola, beliau telah dikritik oleh kumpulan hak asasi sama yang berusaha membebaska­n beliau dari tahanan rumah kerana gagal mempertaha­nkan penduduk Rohingya.

Beberapa rakan pemenang Hadiah Nobel juga mengutuk sikap beliau yang hanya berdiam diri dalam krisis itu di mana ini termasukla­h pemimpin rohaniah Buddha Dalai Lama.

Dinafikan kerakyatan oleh Myanmar, penduduk etnik Rohingya, yang tanpa negara, disisihkan oleh penduduk Myanmar yang majoriti penduduk beragama Buddha.

Penduduk Rohingya yang tiba di Bangladesh menceritak­an banyak kejadian pembunuhan tanpa belas kasihan dan serangan khianat yang telah dilakukan tentera Myanmar terhadap mereka.

Ketika Amerika Syarikat ( AS) dan kuasa Barat lain menyelar kempen tentera Myanmar, Beijing menawarkan kata- kata sokongan menjelang mesyuarat Majlis Keselamata­n PBB. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia