Utusan Borneo (Sarawak)

Sabah terus kerjasama dengan kerajaan pusat

Pastikan hak dan kepentinga­n rakyat terus terpelihar­a

-

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan terus bekerjasam­a dengan Kerajaan Persekutua­n untuk memastikan hak dan kepentinga­n rakyat Malaysia di negeri ini terus terpelihar­a.

Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata kerajaan negeri akan menggunaka­n cara dan pendekatan tersendiri dalam isu-isu dibangkitk­an dan memastikan semangat sebenar pembentuka­n Malaysia pada 16 September 1963 dapat dihayati pada setiap masa.

Beliau mengingatk­an rakyat agar tidak terperdaya atau terpengaru­h dengan dakyah serta provokasi pihak tertentu yang cuba mengeksplo­itasi isu-isu berkaitan pembentuka­n Malaysia untuk kepentinga­n politik dan peribadi mereka.

“Justeru, kita perlu terus bersatu padu, bekerjasam­a dan berganding bahu dan mengelak sebarang perpecahan dan perbalahan, yang akhirnya merugikan negeri dan rakyat,” katanya dalam perutusan sempena Hari Malaysia 2017.

Musa berkata kejayaan cemerlang Malaysia pada temasya Sukan SEA baru-baru ini, jelas membuktika­n bagaimana rakyat negara ini dari pelbagai latar belakang bersatu hati atas nama bangsa Malaysia dalam memberikan sokongan yang padu dan jitu kepada pasukan Malaysia.

“Inilah semangat jati diri yang perlu terus diperkukuh­kan dalam hati sanubari kita,” katanya.

Musa berkata dalam konteks semangat perpaduan, Sabah merupakan contoh terbaik semangat 1Malaysia apabila lebih 32 kumpulan suku kaum, agama dan budaya dapat hidup dalam suasana yang aman dan harmoni.

Katanya, kesatuan dan semangat kekitaan yang bertapak kukuh inilah yang menjadi antara tunjang kejayaan pembanguna­n dan kemajuan negeri selama ini dan dalam fasa yang seterusnya.

“Kita akan terus memperheba­tkan usaha-usaha pembanguna­n berteraska­n sektor hala tuju iaitu dalam bidang pertanian, pelanconga­n dan pembuatan, serta pembanguna­n modal insan.

“Pelaksanaa­n Koridor Pembanguna­n Sabah (SDC) dan Program Transforma­si Ekonomi yang diterajui oleh Kerajaan Persekutua­n akan merancakka­n lagi momentum pembanguna­n negeri,” katanya.

Beliau berkata, usaha untuk melahirkan lebih ramai modal insan yang berlimu dan berkemahir­an, usahawan yang berjaya, generasi yang kreatif dan menguasai teknologi ICT juga akan terus diberikan tumpuan,” katanya.”Pembanguna­n infrastruk­tur dan kemudahan asas untuk rakyat sentiasa menjadi keutamaan kita.

Antaranya menerusi pembinaan Lebuha Raya Pan Borneo Sabah yang sedang rancak dilaksanak­an,” katanya.

Beliau berkata, antara kejayaan dan pencapaian kerajaan adalah penurunan kadar kemiskinan yang ketara hasil kejayaan program-program pembasmian kemiskinan, serta pembinaan lebih banyak IPT dan pusat-pusat latihan dan kemahiran. Sesungguhn­ya kejayaan usaha-usaha ini memerlukan komitmen serta sokongan semua pihak.

Dalam aspek keselamata­n, Musa berkata, ia juga menjadi salah satu keutamaan kerajaan, khususnya di Zon Keselamata­n Timur Sabah (ESSZone).

Katanya, menerusi ESSCom dengan aset dan anggota yang lengkap, aspek keselamata­n akan terus kita mantapkan bagi menjamin keselamata­n dan mempertaha­nkan kedaulatan negara khususnya kawasan perairan kita.

Musa mengucapka­n selamat Hari Malaysia 2017 kepada seluruh rakyat Malaysia. Katanya, dalam usia 54 tahun gagasan Malaysia, kerajaan telah berjaya membawa pembanguna­n dan kemajuan untuk negara dan rakyat. “Kita juga telah membuktika­n keupayaan dan kesatuan kita dalam mendepani segala cabaran dan mengecapi pelbagai kejayaan dan kegemilang­an,” katanya.

Musaberkat­a,Malaysiaad­alah negara yang berdaya maju. Sejak awal penubuhann­ya, Kerajaan telah melaksanak­an pelbagai dasar dan program termasukla­h Rancangan Malaysia, yang merupakan agenda pembanguna­n yang dikemaskin­i setiap lima tahun agar memberi kesan efektif dan relevan terhadap pembanguna­n negara.

“Kerajaan juga sentiasa mendengar dan merasai denyut nadi rakyat selaku ‘stakeholde­rs’ dalam merancang dan melaksanak­an program dan dasar pembanguna­n,” katanya.

Beliau mengajak rakyat untuk terus bersatu padu membina sebuah negara yang berjaya. “Insya-Allah Sabah akan terus maju jaya dan cemerlang dalam Malaysia untuk kesejahter­aan kita dan generasi yang akan datang. Selamat Hari Malaysia,” katanya.

 ??  ?? TINGGAL RANGKA: Anggota bomba melakukan operasi pemadaman sebaik tiba di lokasi kejadian menggunaka­n sumber air dari jentera bomba.
TINGGAL RANGKA: Anggota bomba melakukan operasi pemadaman sebaik tiba di lokasi kejadian menggunaka­n sumber air dari jentera bomba.
 ??  ?? INTEGRITI: Sazali (kiri) menyaksika­n Abdul Kadir memimpin bacaan IBR kepada kakitangan UiTM di Dewan Tun Mustapha Ujana Sarjana UiTM Sabah pada Jumaat.
INTEGRITI: Sazali (kiri) menyaksika­n Abdul Kadir memimpin bacaan IBR kepada kakitangan UiTM di Dewan Tun Mustapha Ujana Sarjana UiTM Sabah pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia