Enam cedera angkara bom kereta
B E N G H A Z I : S a t u pengeboman kereta telah mencederakan enam orang lagi termasuk empat orang kakitangan keselamatan berhampiran sebuah pejabat pasport di bandar kedua Benghazi di Libya kelmarin, menurut pegawai keselamatan.
“Empat orang anggota pasukan tentera kami dan dua orang kakitangan (di jabatan pasport) telah tercedera dalam serangan yang mensasarkan ibu pejabat jabatan tersebut,” menurut komander pasukan peronda bagi misi khas dan menangani keganasan Hamdi al-Dinali.
Beliau mempersalahkan kumpulan penyokong pengganas di bandar pantai timur bagi serangan tersebut.
Libya telah digegarkan oleh kekecohan sejak satu kebangkitan pada 2011 yang menggulingkan dan membunuh diktator M u a m m a r G a d d a f i , dengan dua pihak berkuasa bermusuhan dan beberapa militia yang berebut bagi kawalan ke atas negara yang kaya dengan minyak tersebut.
Pemimpin tentera Khalifa Haftar pada Julai telah mengumumkan kebebasan sepenuhnya bagi Benghazi, tiga tahun selepas pasukan tenteranya melancarkan satu operasi ketenteraan untuk merampas bandar tersebut daripada pejuang jihad.
Haftar menyokong sebuah parlimen berpusat di timur jauhLibya,sementarakerajaan bersatu yang disokong oleh PBB di badar utama barat Tripolicubamempertahankan kekuasaannya di seluruh negara. — AFP