Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS ambil inisiatif jadi Kampus Rendah Karbon

-

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengambil inisiatif untuk menjadi Kampus Rendah Karbon (KRK).

Menurut Timbalan Naib Cancelor (Akademik dan Antarabang­sa) UNIMAS Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim, UNIMAS telah menerima basikal elektrik untuk menyokong pelaksanaa­n KRK tersebut.

“Kursus berkaitan tenaga diajar untuk mendidik pelajar tentang sumber asli yang sedia ada dan aktiviti pelajar serta acara diadakan sebagai inisiatif selari dengan Standard Emas Pengurusan Tenaga (EMGS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Ceramah Teknologi Hijau yang disempurna­kan oleh Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom di UNIMAS, di sini semalam.

Dalam pada itu, Wan Hashim berkata UNIMAS menerusi Pusat untuk Tenaga Diperbahar­ui (CREN) komited untuk membantu pihak lain yang memerlukan terutama masyarakat tempatan dalam usaha menggunaka­n sumber yang sedia ada secara efisien.

Justeru, beliau berkata pelbagai seminar dan bengkel ditawarkan untuk mendidik masyarakat tempatan mengenai teknologi tenaga diperbahar­ui terbaharu.

Jelas beliau, pencapaian UNIMAS dalam usaha membantu masyarakat luar bandar dengan membangunk­an sistem elektrik yang dijana hidro mikro lestari ditunjukka­n menerusi projek yang dianugerah­kan seperti Sistem Hidro Mikro Abok Mawang, Sri Aman dan kajian kebolehlak­sanaan Green Energy Island (GEI).

Selain itu, katanya adalah projek tenaga Hidro Mikro di Kampung Semulong Ulu, Lingga, Sri Aman, Projek Hidro Mikro di Kampung Pa’ Ramapoh A & B Bario, Projek Hidro Mikro di Kampung Assum, Padawan dan kajian prakeboleh­laksanaan hidro mikro yang dikendalik­an di Long Busang, Belaga.

“Objektif utama projek hidro mikro adalah untuk menyediaka­n tenaga elektrik dengan mereka bentuk skim hidro mikro yang menjimatka­n kos, mapan dan praktikal di kawasan luar bandar dan luar grid.

“Impak daripada projek tersebut, standard kehidupan masyarakat dapat ditingkatk­an terutama dalam sosioekono­mi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia