Utusan Borneo (Sarawak)

260 murid DUN Simunjan terima sumbangan dalam bentuk deposit akaun SSPN-i

-

mereka yang berbakat termasuk yang tinggal di luar negara dan tidak menyertai festival tahun ini untuk mengemukak­an cadangan mereka untuk tahun depan bagi menjadikan WAK lebih luar biasa.

“Saya berharap WAK akan menjadi festival tahunan yang ikonik pada setiap Oktober untuk kita mempamer dan meraikan bakat tempatan bersama-sama dengan yang terbaik di dunia,” katanya.

WAK 2017 akan dilancarka­n secara rasmi oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg pada 30 September ini.

Penganjura­n festival tersebut juga telah disokong oleh CMSB & Borneo 744, Hotel Grand Margherita, Tebingan Kuching dan Satok Hardware Sdn Bhd.

Orang ramai juga diajak bersama- sama menyokong dengan mengikuti dan berkongsi mengenai WAK 2017 menerusi laman sosial masing-masing. KUCHING: Seramai 260 murid tahun satu sekolah bantuan penuh kerajaan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan menerima sumbangan dalam bentuk deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) berjumlah RM13,000.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris setiap murid menerima sumbangan RM50 daripada ADUN Simunjan dan RM50 tambahan akan diberikan oleh kerajaan melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN) sebagai Insentif Khas Geran Sepadan.

“Penabungan bagi tujuan pendidikan amat penting dalam memastikan cita- cita anakanak kita tercapai dan perlu dirancang serta dimulakan seawal usia bagi memastikan pulangan yang lebih tinggi dan menguntung­kan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Kepada Muris Tahun Tahun 2017 DUN Simunjan di Dewan Mesra Simunjan dekat sini, kelmarin.

Hadir sama Pengurus Besar Kanan PTPTN Abdul Ghaffar Yusop.

Awla berkata, insentif khas geran sepadan RM50 itu merupakan insentif simpanan pendidikan yang amat bagus kerana menjadi pemangkin kepada ibu bapa untuk memula dan meneruskan penabungan dan seterusnya menabung secara konsisten.

Menurutnya, ia juga dapat memberi suntikan motivasi kepada para pelajar untuk lebih bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan meneruskan citacita mereka sehingga ke menara gading, selain menerap amalan menabung pada usia awal.

Beliau menambah, kerajaan sedar tentang pentingnya pembudayaa­n amalan menabung untuk pendidikan tinggi bagi mengelakka­n keciciran anakanak untuk melanjutka­n pengajian dan juga bagi mengelak beban keberhutan­gan yang tinggi di kalangan mereka.

Katanya perkara itu terbukti apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentang­an Bajet 2017 pada 21 Oktober tahun lalu, mengumumka­n kerajaan menyediaka­n pemberian Insentif Khas Geran Sepadan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun SSPN-i kepada murid tahun satu sekolah bantuan penuh kerajaan.

“Ini bermakna bermula 1 Januari 2017, mana-mana ibu bapa atau penjaga yang membuat simpanan untuk anakanak mereka yang merupakan murid tahun satu sekolah bantuan penuh kerajaan akan menerima tambahan keistimewa­an iaitu Insentif Khas Geran Sepadan ini iaitu deposit percuma RM50.

“Oleh itu, marilah kita sebagai ibu bapa memainkan peranan kita semua bagi memastikan masa depan pendidikan anak-anak kita lebih terjamin dengan memilih Skim Simpanan Pendidikan Nasional sebagai penabungan untuk anak-anak,” katanya.

 ??  ?? TAKLIMAT: Abang Johari dan delegasi mendengar taklimat di Kementeria­n Komunikasi dan Pengangkut­an Finland.
TAKLIMAT: Abang Johari dan delegasi mendengar taklimat di Kementeria­n Komunikasi dan Pengangkut­an Finland.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia