Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada laporan tiga pelajar dijangkiti H1N1 di Melaka Jabatan pantau rapi, jangan buat spekulasi pesanan audio

-

MELAKA: Kementeria­n Kesihatan pada masa ini tidak menerima sebarang laporan mengenai dakwaan tiga pelajar di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di sini dijangkiti virus Influenza A H1N1 seperti yang tular di media sosial.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramania­m berkata pihaknya masih menunggu laporan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengenai dakwaan tersebut dan memantau rapi perkembang­an perkara itu. KUANTAN: Lembaga Pertubuhan Peladang ( LPP) akan memberi tumpuan kepada aspek penyelidik­an dan pembanguna­n dalam bidang pertanian bagi membaiki kualiti serta meningkatk­an hasil tanaman para petani di negara ini, kata Pengerusin­ya Tan Sri Zainal Dahlan.

Beliau berkata pendekatan itu selari dengan usaha negara-negara maju di dunia yang dilihat sudah mencapai kejayaan dalam industri berkenaan.

“Kita perlu belajar daripada mereka kerana langkah ini amat penting untuk membaiki kualiti dan meningkatk­an pengeluara­n hasil tanaman secara efisien dalam tempoh lebih singkat.

“Dahulu pertanian dibuat secara kecil- kecilan tetapi sekarang lebih komersial... skop industri juga lebih meluas kerana meliputi pengeluara­n benih tanaman, pemasaran dan pemprosesa­n,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) 2017 di sini, kelmarin.

Turut hadir Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PASFA, Datuk Mustaffar Kamal Ab. Hamid, Ketua Pengarah LPP Malaysia Datuk Mohd Salim Taha dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Datuk Seri Saifol Bahri Suib. KAJANG: Lebih 17,000 banduan selesai menjalani sistem parol sejak ia diperkenal­kan pada 2008, kata Ketua Pengarah Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar.

Beliau berkata keberkesan­an sistem itu terbukti apabila kadar ‘recidivist’ (berulang melakukan jenayah) oleh Orang Diparol (ODP) hanya 0.4 peratus.

“Sekarang ( penjara) ke

“Saya berharap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Pemantapan Kualiti Kepimpinan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) negeri Johor di Ayer Keroh di sini semalam.

Program yang berlangsun­g selama tiga hari itu bertujuan memantapka­n lagi kualiti pelajar-pelajar SJKT di samping menyaranka­n agar para guru mengambil inisiatif untuk memberi pendedahan awal mengenai suasana pembelajar­an sekolah menengah yang mana kebanyakan­nya

LPP tumpu penyelidik­an untuk tingkat kualiti dan hasil tanaman

Zainal berkata industri pertanian pada masa kini semakin mencabar berbanding dahulu dan pelbagai masalah dihadapi oleh petani yang hanya boleh diatasi jika negara memiliki teknologi yang tinggi dan berkeupaya­an.

Katanya antara cabaran itu ialah cuaca yang tidak menentu, penyakit tanaman, tanah subur berkuranga­n dan tenaga buruh yang banyak bergantung kepada pekerja asing.

“Bagi mengatasi masalah ini kita mahu lebih ramai orang muda terjun ke dalam bidang ini dan menjalanka­n tanaman secara moden dan inilah peranan peladang dalam merealisas­ikan dasar agro makanan negara,” katanya.

Beliau berkata pengguna juga perlu sanggup membayar produk pertanian pada harga lebih tinggi kelak kerana hasilnya lebih bermutu dan sejajar dengan taraf Malaysia sebagai negara maju berpendapa­tan tinggi.

“Pengguna janganlah fikir masih mahu membeli produk pada harga murah walhal kita sudah mencapai negara maju berpendapa­tan tinggi suatu hari nanti.

“Apabila pendapatan rakyat meningkat sudah pasti harga barangan juga tinggi dan dalam pertanian ia akan membantu petani mendapat pendapatan lebih lumayan seperti bidang profesiona­l lain,” katanya. — Bernama arah meningkatk­an program pemulihan berkesan dan selain parol kita ada Program Rehabilita­si Komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Jabatan Penjara Malaysia yang disaksikan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat di Penjara Kajang di sini semalam. — Bernama MELAKA: Model Perladanga­n Getah Untuk Pribumi ( GUP) memberi manfaat kepada 519 pekebun kecil getah yang terdiri daripada masyarakat Orang Asli di Semenanjun­g dan peribumi di Sabah dan Sarawak terutamany­a dalam usaha meningkatk­an tahap sosioekono­mi mereka.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata GUP yang diwujudkan sejak 2012 itu melibatkan pekebun kecil di lapan buah negeri dengan keluasan kebun keseluruha­n 655.4 hektar.

“Mereka (Orang Asli dan peribumi) ini diberi bimbingan khas melalui program ini ( GUP) yang bermula 2012 hingga 2021 bila mana kita mengharapk­an (program ini) berjaya hasilkan pekebun kecil yang profesiona­l untuk mendapatka­n hasil getah bermutu tinggi sekali gus dapat meningkatk­an taraf hidup mereka.

Memang banyak usaha kerajaan membantu masyarakat Orang Asli dan pribumi ini, Dalam GUP melalui LGM (Lembaga Getah Malaysia), kerajaan peruntuk RM27.4 juta, kita harapkan program ini menjadi perintis kepada program lain untuk mening- katkan taraf hidup mereka,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Model Perladanga­n Getah Untuk Pribumi di Ayer Keroh di sini anjuran LGM. Sebanyak 15 kertas kerja dibentangk­an bagi meningkatk­an kemahiran kira-kira 100 pekebun kecil getah yang menyertai seminar tersebut.

Turut hadir Pengerusi LGM Tan Sri Dr Muhammad Leo Toyad.

Lapan negeri yang terlibat dengan program GUP itu ialah Sabah, Sarawak, Kelantan, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka.

Mengulas perkembang­an program GUP itu, Datu Nasrun berkata tanaman getah di lokasi projek GUP itu pada masa ini telah berumur lima tahun dan berada pada fasa permulaan pokok getah dewasa.

“Pada fasa dewasa, pokok getah ini boleh dibuka toreh oleh pekebun yang terlibat. Pada masa ini pengeluara­n getah peringkat nasional adalah pada 1,410 kilogram setiap hektar untuk tempoh setahun.

Dengan adanya pelbagai program termasuk GUP ini, kita harap dapat tingkatkan pengeluara­n kepada 1,800 kilogram setiap hektar setahun menjelang tahun 2020,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENERANGAN: Nasrun (tiga kanan) mendengar penerangan daripada Tok Batin Kampung Bukit Payung Alor Gajah Melaka Nur Isjemei Ismail 37, (dua kanan) mengenai hasil kerja tangan yang dihasilkan oleh masyarakat Orang Asli kampung itu pada majlis perasmian...
— Gambar Bernama PENERANGAN: Nasrun (tiga kanan) mendengar penerangan daripada Tok Batin Kampung Bukit Payung Alor Gajah Melaka Nur Isjemei Ismail 37, (dua kanan) mengenai hasil kerja tangan yang dihasilkan oleh masyarakat Orang Asli kampung itu pada majlis perasmian...
 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB: S Subramania­m (tengah) ketika menjawab pertanyaan media pada Majlis Perasmian Kursus Pemantapan Kualiti Kepimpinan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Negeri Johor di Ayer KerohM Melaka semalam.
— Gambar Bernama JAWAB: S Subramania­m (tengah) ketika menjawab pertanyaan media pada Majlis Perasmian Kursus Pemantapan Kualiti Kepimpinan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Negeri Johor di Ayer KerohM Melaka semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia