Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 160,000 penduduk didekati pada Pemukiman MB Perak

-

KAMPAR: Kira-kira 165,000 penduduk di Perak didekati sepanjang penganjura­n Program Pemukiman Menteri Besar yang bermula sejak Februari tahun lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, program pemukiman yang kini memasuki kali ke- 10 penganjura­n telah melaksanak­an lebih 1,000 program melibatkan rakyat untuk mendengar pelbagai isu dan masalah mereka.

“Program yang dilaksanak­an bukan semata-mata telah diatur awal, tetapi ia turut melibatkan program yang diadakan pada saat-saat akhir untuk bertemu dengan rakyat,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan geran hak milik kepada 144 penerima Rancangan Perkampung­an Tersusun (RPT) Gua San- ding dan Kampung Changkat Tualang serta 16 penerima surat tawaran Rancangan Pertanian Berkelompo­k Bukit Pekan di Malim Nawar di sini, semalam.

Terdahulu, beliau turut melancarka­n program pecah tanah bagi pembinaan 54 unit Rumah Amanjaya Tualang Sekah di tapak seluas 2.94 hektar yang dijual pada harga RM70,000 seunit hasil subsidi kerajaan.

Dalam pada itu, Zambry berkata tindakanny­a bersama barisan Exco kerajaan negeri turun padang mengutip sampah di sekitar Malim Nawar di sini pada program Perak Yang Bersih merupakan usaha berterusan bagi menerapkan budaya menjaga kebersihan dalam kalangan penduduk.

Menurutnya pendekatan yang dilakukan adalah untuk menerapkan bahawa amalan menjaga kebersihan perlu dilakukan oleh semua pihak dan bukan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) semata-mata.

“Apa yang dilakukan ini bukanlah gimik politik untuk meraih undi rakyat. Sebenarnya, rakyat boleh menilai dan memikirkan mana perkara buruk dan baik.

“Jadi, saya nak tegur pembangkan­g, cukup-cukuplah dengan kritikan yang dilemparka­n kerana kita akan terus melaksanak­an program Perak Yang bersih untuk menanam minda mengenai kepentinga­n menjaga kebersihan kepada masyarakat,” katanya.

Pada program mengutip sampah itu, Zambry memakai pakaian dan topi pekerja perkhidmat­an am Majlis Daerah Kampar memandu lori sampah sebelum melakukan tugas-tugas pembersiha­n dengan disertai kira-kira 100 pekerja PBT. — Bernama

 ??  ?? GERAN: Zambry menyampaik­an geran hak milik kepada Jamiah Yop Mat Ali dari Kampung Changkat Tualang pada Majlis Penyerahan Geran Hak Milik (RPT Gua Sanding dan RPT Kampung Changkat Tualang) dan surat tawaran RPB Bukit Pekan sempena program Permukiman...
GERAN: Zambry menyampaik­an geran hak milik kepada Jamiah Yop Mat Ali dari Kampung Changkat Tualang pada Majlis Penyerahan Geran Hak Milik (RPT Gua Sanding dan RPT Kampung Changkat Tualang) dan surat tawaran RPB Bukit Pekan sempena program Permukiman...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia