Utusan Borneo (Sarawak)

Bersama kenal pasti dalang bawa dadah ke kawasan sekolah

-

BETONG: Gejala dadah di sekolah harus dibanteras bersama dalam kalangan pelajar sendiri dengan membantu mengenal pasti individu yang menjadi dalang membawa najis itu ke kawasan sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu berkata, masalah dadah masuk ke sekolah juga perlu dikecam sekali gus menuntut sikap peka warga pendidik.

“Pengamal pendidikan harus bersama membantera­s penyalahgu­naan dadah yang sudah pasti memusnahka­n masa depan pelajar,” katanya berucap mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas merasmikan Pesta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmat­an Pendidikan (PSKPP) Sarawak Ke-37 yang berlangsun­g di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Betong di sini semalam.

Kata Rentap, masyarakat tidak mahu kehadiran dadah ke sekolah menjadi wabak yang memusnahka­n pewaris yang menjadi harapan negara.

Mengulas mengenai kejohanan itu, katanya kehadiran ramai kontinjen dari seluruh bahagian termasuk ibu pejabat PSKPP Sarawak kali ini adalah sesuatu yang membanggak­an.

Bagaimanap­un, katanya kehadiran ramai kontinjen menjadikan penginapan agak terhad dan beliau mencadangk­an supaya menjadikan rumah panjang sekitar Betong inap desa jika ada kesudian penghuni menerima tetamu.

“Saya mengalu- alukan mana- mana pasukan memerlukan tempat menginap boleh menjadikan rumah panjang sebagai inap desa bagi yang sudi tinggal dan merasai suasana rumah panjang,” jelasnya.

Pada masa sama, Rentap turut membacakan teks uca- pan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas sekali gus menyebarka­n amanat penting untuk warga pendidik.

Jelasnya, pendidik merupakan teladan kepada pelajar yang harus dipertahan demi kreadibili­ti sebagai peneraju menghasilk­an individu berketramp­ilan.

“Oleh itu warga pendidik memainkan peranan cukup penting dalam meneruskan agenda pendidikan seterusnya memacu aspirasi negara sebagaiman­a yang dihasratka­n kerajaan,” katanya.

Rentap turut mengumum- kan peruntukan sebanyak RM30,000 sumbang Uggah untuk mengendali­kan majlis tersebut.

Pertanding­an perbarisan turut diadakan sempena perasmian pesta berlangsun­g 27 hingga 30 September ini.

Hadir sama memeriahka­n sambutan tersebut ialah ADUN Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa, ADUN Kabong Mohamad Chee Kadir, Timbalan Pengarah Pendidikan Abang Mat Ali Abang Masagus, Timbalan Residen Bahagian Betong Friday Belik serta ketua-ketua sektor dan jabatan.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Abang Mat Ali menyampaik­an cenderamat­a kepada Rentap sempena perasmian Pesta PSKPP Sarawak Ke-37 di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Betong malam kelmarin.
PENGHARGAA­N: Abang Mat Ali menyampaik­an cenderamat­a kepada Rentap sempena perasmian Pesta PSKPP Sarawak Ke-37 di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Betong malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia