Utusan Borneo (Sarawak)

BAPA DISYAKI CABUL ANAK TIRI DIREMAN

-

KANOWIT: Pendedahan murid perempuan tahun empat mengenai rahsia bapa tiri yang mencabulny­a kepada guru besar membawa kepada penahanan lelaki berusia 42 tahun di sini kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, suspek, seorang penganggur, ditahan ketika menyerah diri di Balai Polis Kanowit sekitar jam 2 petang kelmarin.

Menurut Dev, insiden itu mula disedari guru besar yang menyedari mangsa sering murung ketika berada di sekolah.

“Apabila ditanya guru besar, mangsa memberitah­u dia diganggu secara seksual oleh bapa tirinya sejak Julai lalu,” katanya.

Menurut Dev, siasatan awal polis mendedahka­n insiden mencabul mangsa berlaku sebanyak dua kali di sebuah rumah panjang di sini pada Julai dan Ogos tahun ini.

“Suspek telah membawa mangsa ke bilik tidur dan mencabulny­a secara seksual semasa ibu mangsa keluar berkebun,” jelasnya.

Dev berkata, mangsa telah dihantar oleh guru besar sekolah berkenaan untuk tujuan pemeriksaa­n di Hospital Kanowit pada Selasa lalu.

Susulan itu, laporan polis dibuat menjurus kepada penahanan suspek ketika tampil untuk menyerah diri di Balai Polis Kanowit petang kelmarin.

“Mangsa masih ditahan di Hospital Sibu untuk pemeriksaa­n lanjut,” kata Dev sambil menambah, suspek telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan polis.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 14 (d) dan 16 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

 ??  ?? SUSPEK CABUL: Polis mengiringi suspek ke Mahkamah Majistret di Pejabat Daerah Kanowit, pagi semalam.
SUSPEK CABUL: Polis mengiringi suspek ke Mahkamah Majistret di Pejabat Daerah Kanowit, pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia