Pemimpin masyarakat harus turun padang bantu bangun kawasan
SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang mengingatkan setiap pemimpin masyarakat di sini supaya terus melaksanakan tanggungjawab untuk membangun dan memajukan kampung, taman perumahan serta rumah panjang masingmasing.
Beliau berkata, pemimpin masyarakat yang memegang peranan sebagai temenggung, penghulu, tuai rumah, ketua kampung, kaunselor dan sebagainya perlu kerap kali turun padang bersama-sama pemimpin negeri, di samping selalu mengadakan perbincangan dengan masyarakat dalam kawasan masing-masing.
“Melalui perbincangan yang diadakan, ia memu- dahkan segala proses perancangan pembangunan yang akan dibangunkan di kawasan masing- masing,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Majlis Makan Malam anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Siti Amid, Jumbit Melugu Scheme, Sri Aman bertempat di Dewan Suarah di sini, baru-baru ini.
Beliau berkata, melalui perbincangan bersama pemimpin di setiap kampung, taman perumahan dan rumah panjang, semua maklumat berkenaan dengan pembangunan dan masalah timbul di setiap rumah panjang akan dapat diperolehi.
“Kita tidak mahu, per- ancangan murni kerajaan dalam sesebuah kawasan tergendala atau ditarik balik kononnya tidak mendapat restu daripada penduduk di kawasan berkenaan atau rakyat sehingga boleh merugikan masyarakat sendiri,” katanya.
Beliau turut menyarankan dan berharap agar semua pemimpin tempatan dapat memastikan rakyat terus menyokong kerajaan serta pemimpin sedia ada supaya semua projek pembangunan yang dirancang dan akan dilaksanakan berjalan dengan lancar dan teratur.
Hadir sama pada majlis berkenaan, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas ( JASA) Sarawak, DUN Bukit Begunan, Jesi Bintoh serta ketua ketua masyarakat yang lain.