Sepanyol ke Rusia, Serbia tertangguh
PARIS: Sepanyol layak untuk Piala Dunia 2018 dengan kemenangan rutin 3-0 ke atas Albania di negara sendiri, tetapi Serbia terpaksa menunggu untuk mengesahkan tempat mereka ekoran kekalahan 3-2 di Austria.
Rodrigo, Isco dan Thiago Alcantara menjaringkan gol dalam tempoh 30 minit pertama di Alicante untuk membantu juara dunia 2010 itu mengunci tempat teratas dalam Kumpulan G selepas Itali diikat 1-1 oleh Macedonia di Turin.
Pemain pertahanan Barcelona Gerard Pique disambut dengan ejekan pada penampilan antarabangsa ke-92 hanya beberapa hari sahaja selepas dia mengundi dalam pungutan suara mengenai kemerdekaan Catalan yang dianggap menyalahi undang-undang oleh kerajaan Sepanyol.
Itali, juara empat kali Piala Dunia, akan bermain dalam perlawanan play-off pada November selepas gol penyamaan pemain gantian Macedonia Aleksandar Trajkovski pada minit ke- 77 mengikat gol pada babak pertama jaringan pemain pertahanan veteran Giorgio Chiellini.
Serbia melepaskan peluang untuk mengesahkan kelayakan dari Kumpulan D dengan satu lagi perlawanan berbaki apabila Louis Schaub menjaringkan gol seminit sebelum tamat untuk memberikan kemenangan kepada Austria di Vienna.
Serbia, yang dapat mengesahkan tempat di Russia dengan kemenangan, mendahului menerusi gol awal jaringan Luka Milivojevic tetapi ketinggalan apabila Austria membalas menerusi usaha Guido Burgstaller dan Marko Arnautovic.
Pemain tengah Manchester United Nemanja Matic menyamakan kedudukan pada minit ke-83 sebelum Schaub menyumbat gol kemenangan, tetapi Serbia masih dapat mara jika mereka menewaskan Georgia dalam perlawanan kelayakan terakhir mereka di Belgrade esok (Isnin).
Tom Lawrence menjaringkan gol antarabangsa pertamanya untuk membantu W a l e s mencatatkan kemenangan 1- 0 yang amat penting di Georgia dan memastikan mereka berpeluang cerah untuk menempah tempat di kejohanan akhir.
P a s u k a n I r e l a n d menewaskan Moldova 2-0 di Dublin menerusi dua jaringan Daryl Murphy pada separuh masa pertama dan sekarang menentang Wales di negara sendiri dalam perlawanan pusingan terakhir dengan tempat pertama dalam kumpulan yang masih menjadi rebutan.
Serbia mendahului kumpulan dengan 18 mata manakala Wales, yang mahu mara ke Piala Dunia buat pertama kali sejak 1958, di tempat kedua dengan 17 mata dan Ireland satu mata lagi di belakang.
Iceland mengambil langkah besar ke arah penampilan sulung di Piala Dunia dengan kemenangan 3- 0 yang meyakinkan ke atas Turki di Eskise
h i r yang h a m p i r pasti menyingkirkan pasukan tuan rumah.
Ukraine berkongsi 17 mata dengan Croatia ekoran kemenangan 2-0 di Kosovo dan akan melayan kunjungan Croatia di Kiev esok. — AFP