Tangki minyak jet di Las Vegas turut ditembak
LASVEGAS: Duapeluruyang ditembak semasa kejadian tembakan beramai-ramai di Las Vegas turut mengenai sebuah tangki besar minyak jet di hujung Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran, satu das melekat di luar tangki dan satu lagi menembusinya, namun tiada kebakaran atau letupan, menurut jurucakap lapangan terbang kelmarin.
Pihak berkuasa lapangan terbang menolak untuk membuat spekulasi sama ada penyerang Steve Paddock menyasari silinder yang menampung 43,000 tong minyak itu atau ia terkena dua das peluru sesat semasa serangan.
Namun kedudukan tangki, kira- kira dua kali ganda jauhnya daripada tapak festival muzik dari hotel tinggi di mana Paddock berada dan pada sudut berbeza dengan bilik hotelnya, mencadangkan dia sengaja menyasari tangki tersebut.
Tangki tersebut terletak di bahagia barat lapangan terbang kira-kira 335 meter dari tempat kejadian di mana 58 mati, menurut akhbar Las Vegas-Review Journal.
Tangki itu juga kira-kira 2,000 kaki dari tingkap tingkat 32 di mana penyerang berada di Hotel Mandalay Bay, lapor Review-Journal.
Tanpa memikirkan jarak atau kemampuan tembakan, serta berlainan daripada jangkaan umum, terdapat kemungkinan sifar bagi tembakan raifal menyebabkan kebakaran atau letupan di loji sedemikian.
Jurucakap lapangan terbang Chris Jones menyatakan bahawa ini disebabkan minyak jet, meskipun mudah terbakar, bukan sejenis cecair mudah meruap di mana sekiranya berlaku kebakaran, nyalaannya dibendung ke udara, berbanding meletupkan tangki, jelas beliau.
Mike Boyd, perunding penerbangan yang berpusat di Colorado dipetik Review- Journal, bersetuju dengan penilaian tersebut.
“Mesingan tidak akan dapat meletupkan tangki minyak,” menurut Boyd.
“Minyak jet itu sendiri dalam volum besar yang basah yang sangat sukar untuk dibakar.
“Hanya pengganas yang sangat amatur akan memikirkan perkara seperti itu adalah mungkin,” katanya.
Bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, tangki yang separuh penuh itu telah dikosongkan dan diperiksa semula untuk dibaiki, menurut kenyataan pihak lapangan terbang. — Reuters