Jom sertai Hoki Dalam Dewan Terbuka Betong
BETONG: Pengiat dan peminat serta pemain hoki seluruh Sarawak dipelawa menyertai Kejohanan Hoki Dalam Dewan Terbuka Betong 2017 pada 14 dan 15 Oktober ini.
Pengerusi pengelola, Azmi Abdullah berkata kejohanan memasuki musim ketiga itu diteruskan setelah dua musim lalu mendapat sambutan di luar jangkaan.
“Berbanding penyertaan lalu, setakat kelmarin kita telah menerima pengesahan penyertaan sebanyak 24 pasukan bagi kategori yang dipertandingkan.
“Pada 2014 sebanyak 12 pasukan manakala 2015 meningkat kepada 17 pasukan mengambil bahagian sekali gus membuktikan kejayaan penganjur menarik minat pasukan hoki dari seluruh Sarawak beraksi menyahut cabaran sukan itu,” katanya di sini semalam.
Presiden Kelab Hoki Rentap(RHC) Betong itu memberitahu, kejohanan kali ini berjaya menarik perhatian pasukan dari Bahagian Sarikei.
“Kita berharap lebih banyak pasukan dari seluruh negeri ini mengesahkan penyertaan menyahut cabaran beraksi pada musim ini.
“Menerusi kejohanan ini diharapkan dapat memupuk budaya bersukan kalangan belia serta membantu membentuk jaringan hubungan belia seluruh negeri.
“Selain dapat mencungkil bakat- bakat ba- haru kalangan pemain hoki dan memperkasa sukan hoki di negeri ini,” ujarnya.
Kejohanan dianjurkan sempena Hari Sukan Negara dan Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak berpusat di Betong dan menempatkan Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Betong sebagai gelanggang utama.
Ia dianjurkan dengan kerjasama Kementerian, Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak serta Persatuan Bekas Pemain Hoki Sarawak ( PBPHS).
Penganjuran terbahagi kepada enam kategori iaitu lelaki dan wanita terbuka, lelaki dan wanita 16 tahun ke bawah serta lelaki dan wanita 12 tahun ke bawah.
Tarikh tutup penyertaan ditetapkan pada 11 Oktober 2017.
“Hadiah- hadiah berbentuk wang tunai, piala, medal dan sijil disediakan kepada pemenang bagi setiap kategori.
“Penganjur juga mengenakan yuran penyertaan sebanyak RM80 bagi kategori terbuka dan RM30 bagi katogeri pelajar sekolah menengah dan rendah,” katanya.
Sebarang maklumat lanjut dan mendapatkan borang penyertaan boleh menghubungi Azmi Abdullah di talian 0198872676 dan Setiausaha RHC, Fairul Nizam Gani di talian 019- 8580998.