SUPP ‘direstui’ bertanding tujuh kerusi tradisi
Kerusi itu ialah Parlimen Sibu, Lanang, Miri, Serian, Bandar Kuching, Stampin dan Sarikei
SIBU: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian mendedahkan bahawa parti itu ‘direstui’ pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) Pusat bertanding di tujuh kerusi tradisinya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.
Kerusi tradisi milik SUPP ialah Parlimen Sibu, Lanang, Miri, Serian, Bandar Kuching, Stampin dan Sarikei.
“Mesyuarat tertinggi empat parti komponen BN bersama ahli Majlis Tertinggi BN Pusat dan pengerusi BN peringkat negeri serta pusat pada 8 September lalu bersetuju SUPP diberi kepercayaan mengekalkan kerusi tradisi miliknya pada PRU akan datang.
“Tambahan pula pengerusi BN Negeri bersetuju dengan keputusan tersebut dan begitu juga kerusi tradisi komponen parti lain.
“Ini bukan saya cakap tetapi Ketua Menteri bersetuju berbuat demikian sebab keputusan adalah diputuskan oleh pengerusi BN Pusat iaitu Perdana Menteri.
“Jadi, berdasarkan keputusan mesyuarat tersebut tidak keterlaluan kami sudah ‘direstui’ bertanding di tujuh
Mesyuarat tertinggi empat parti komponen BN bersama ahli Majlis Tertinggi BN Pusat dan pengerusi BN peringkat negeri serta pusat pada 8 September lalu bersetuju SUPP diberi kepercayaan mengekalkan kerusi tradisi miliknya pada PRU akan datang. Datuk Dr Sim Kui Hian Presiden SUPP
kerusi tersebut,” katanya berucap di hadapan lebih 2,000 hadirin pada Sambutan Perayaan Kuih Bulan di Sekolah Menengah (SM) Citizen, Stabau di sini malam kemarin.
Majlis tersebut anjuran SUPP Bukit Assek dan Dudong turut dihadiri parti komponen BN di kawasan Parlimen Lanang.
Hadir sama Bendahari SUPP merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hing, Setiausaha Politik Ketua Menteri Michael Tiang, Pengerusi SUPP Dudong Datuk Dr Soon Choon Teck, Penyelaras BN Parlimen Lanang Chieng Buong Toon, Penyelaras BN Parlimen Sibu Kaunselor Robert Lau, Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai, tiga calon berpotensi SUPP kerusi Parlimen Lanang Kelvin Kong, Kaunselor Joseph Chieng dan Wong Ching Yong serta ahliahli parti.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu memberitahu, sebelum ini beliau pernah menyentuh perkara sama namun diputarbelitkan segelintir pihak yang mempunyai kepentingan politik tertentu.
Katanya, beliau hanya menyampaikan keputusan diperolehi semasa mesyuarat tersebut dan keputusan itu bukan dibuat oleh beliau sendiri.
“Saya hanya menyam- paikan apa yang benar dan bukan rekaan semata-mata,” jelasnya.
Sementara itu, ADUN Batu Kawah itu yakin BN mampu merampas kerusi Parlimen Lanang pada PRU14 akan datang.
Jelasnya, Lanang sudah ketinggalan sejak lima tahun lalu dan amat memerlukan momentum pembangunan.
“Penduduk di Lanang dapat merasai apa yang mereka perolehi di bawah pembangkang sejak lima tahun lalu.
“Terdapat beberapa kekurangan sebenarnya harus diselesaikan. Saya juga dapat merasakan kekurangan tersebut iaitu masalah telekomunikasi seperti di tempat majlis kita ini,” katanya.
Justeru, beliau menggesa penduduk Lanang agar beralih sokongan kepada BN dengan menyokong calon SUPP pada PRU14 nanti.
“Tiada parti lain selain BN dapat membantu membangunkan taraf kehidupan rakyat.
““Saya harap kita mampu merampas kerusi Lanang dan Sibu pada PRU14,” katanya.
Terdahulu, Kelvin mahu memfokus serta memperjuang empat masalah utama di Lanang sekiranya beliau terpilih menjadi calon seterusnya memenangi kerusi Parlimen Lanang.
“Empat masalah utama di Lanang ialah banjir, kekurangan kemudahan kesihatan, dewan, telekomunikasi/In- ternet serta mewujudkan zon industri.
“Itulah perkara yang akan saya perjuangkan sekiranya saya menjadi wakil rakyat di Lanang.
“Biarlah isu-isu diperjuangkan itu memberi kesan kepada kehidupan kita berbanding berjuang terhadap isu-isu lain yang dilihat kurang penting,” katanya.
Pada majlis itu, Dr Sim turut menyampaikan dana kerajaan kepada beberapa sekolah Cina.