Tiada tempat untuk pengganas di negara ini
KUCHING: Tangkapan lapan individu berkait dengan keganasan memberi isyarat jelas bahawa masih ada pihak yang cuba menjejaskan keamanan dan kestabilan negara.
Penganalisis Sosiopolitik Datuk Peter Minos berkata, sementara negara berdepan pelbagai jenis jenayah saban hari, jenayah sedemikian (keganasan) perlu dikendali secara berasingan dan sewajarnya apabila cuba memusnahkan asas negara yang harmoni.
“Mereka (pengganas) tidak boleh dibenarkan wujud di Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Mereka adalah berbahaya kepada manusia, sama seperti militan komunis pada masa lalu.
“Kita sama ada menghapuskannya atau kita semua dihapuskan, itu sahaja pilihan yang ada,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Minos berkata, keadaan negara yang maju dalam sosial dan secara ekonomi adalah kerana keupayaan masyarakat pelbagai kaum dan agama saling menerima dan bertoleransi antara satu sama lain.
Menurutnya, meskipun ia belum mencapai tahap sempurna, tetapi ia setakat ini boleh diterima secara toleratif.
Jika semangat kewujudan itu dijejaskan, maka gagasan kewu- judan Malaysia turut terjejas katanya, sambil menambah, isu perkauman dan agama membawa impak yang besar.
“Oleh itu, kita rakyat Malaysia memuji dan menyokong pihak polis kerana mengambil tindakan awal terhadap manamana orang di negara ini yang berhasrat memusnahkan keamanan dan kestabilan kaum dan agama,” katanya.