Southgate harus ubah permainan The Three Lions
Kemenangan 1-0 di Lithuania gambarkan masalah yang akan mereka hadapi jika gagal menyerlah di Rusia
Vilnius, Lithuania: England sudah mengesahkan kelayakan ke Piala Dunia buat kali keenam berturut- turut Khamis lepas tetapi kemenangan 1- 0 di Lithuania Ahad lepas menggambarkan masalah yang akan mereka hadapi jika gagal menyerlah di Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018.
Mereka mungkin memenangi Kumpulan F tanpa kalah tetapi untuk perlawanan keempat berturut-turut dalam kempen kelayakan, skuad kendalian Gareth Southgate kekurangan kehebatan seperti Jerman, Sepanyol dan Belgium.
Jumlah gol mereka hanya 18 dari 10 perlawanan dalam kumpulan terdiri dari Lithuania dan Malta – pasukan berada pada ranking ke- 120 dan 191 dunia – bukan satu rekod membanggakan.
Pada empat perlawanan terakhir, mereka hanya menjaringkan lapan gol, walaupun tiga di antaranya hadir selepas minit ke- 85 menentang pasukan kerdil, Malta.
Kemenangan tipis 2-1 1 ke atas Slovakia disusulisuli dengan kemenangan gol minit kecederaan menentang tang Slovenia di Wembley dan gol tunggal kemenangan di Lithuania dijaringkan oleh Harry Kane menerusi tendangan penalti.
Kane sudah menjaringkan lima dari 18 gol dalam kempen kelayakan untuk England tetapi ketika penyerang kelab Tottenham Hotspur itu meletakkan dirinya se- baris dengan antara penyerang digeruni di Eropah, kekurangan sokongan di pintu gol menyebabkan England menjadi perhatian media bukan kerana kehebatannya.
Jauh perbezaannya dengan pasukan dari kumpulan lain yang kelihatan memperlekehkan ketajaman jentera serangan England.
JerJer man men- jaringkan 42 gol dalam 10 perlawanan, Poland menjaringkan 28 gol dan Sepanyol menjaringkan 35 gol dengan baki satu perlawanan lagi. Belgium, yang juga kurang satu perlawanan, sudah menjaringkan 39 gol sementara Portugal, yang mungkin tidak mampu memenangi kumpulan mereka, menjaringkan 30 gol dari sembilan perlawanan.
Switzerland, Denmark, Montenegro, Itali dan Belanda malah menjaringkan lebih banyak gol berbanding England.
Menentang Slovenia, England bermain dengan dua pemain tengah bertahan – Eric Dier dan Jordan Henderson dan menghabiskan hampir sepanjang perlawanan melakukan hantaran di kawasan yang tidak diancam – satu kritikan biasa sepanjang kempen yang turut termasuk kemenangan saat akhir di Slovakia dan seri 2-2 di Scotland menerusi satu lagi gol lewat Kane.
Bekas pemain sayap Manchester United, Ryan Giggs, membuat kesimpulan untuk penyiaran ITV Ahad lepas, berkata pemain England berasa takut untuk “mengambil r risiko” untuk mewujudkan p peluang gol.
S Southgate bercakap tentan tang kekurangan kualiti di ha hadapan pintu gol lawan Ah Ahad lepas dengan dua pemain harapan utama England, Dele Alli dan Marcus Rashford gagal menyerlah walaupun berdepan pasukan kerdil.
Beliau tidak memiliki pemain yang boleh membawa sesuatu yang berbeza dan kerana itulah kenapa Jack Wilshere menjadi tajuk perbincangan walaupun
Mereka bergelut menembusi benteng lawan. Glenn Hoddle Bekas jurulatih England
beliau tidak terlibat dengan skuad sejak akhir-akhir ini.
Bekas jurulatih England, Glenn Hoddle mencadangkan Southgate harus mengubah gaya permainan England kepada serangan pantas.
“Mereka bergelut men- embusi benteng lawan,” kata Hoddle. “Mereka mungkin harus menunggu dan menggalakkan pasukan menyerang kerana England memiliki begitu ramai pemain yang berbahaya apabila diberikan ruang.”
Giggs menambah, terlalu ramai pemain England seperti tidak bermain di tahap sebenar apabila menyarung jersi England.
“Mereka seharusnya bermain seperti ketika bermain untuk kelab,” kata beliau.
“Pemain seperti Dele lli dan Rashford adalah menarik tetapi kadang-kadang mereka hilang rentak apabila menyarung jrsi England. Anda menjaringkan gol dengan mengambil risiko.” — Reuters