Mahkamah bebaskan ‘pembela’ Srebrenica
Bekas pengawal peribadi Milosevic didakwa sebagai pembunuh kejam oleh etnik Serb
SARAJEVO: Mahkamah di Sarajevo semalam melepaskan Naser Oric, seorang komander yang disanjungi ramai sebagai pembelaorangIslamsewaktu konflik di Bosnia pada 1990an tetapi dianggap sebagai pembunuh kejam oleh masyarakat Serb, daripada tuduhan jenayah perang.
Oric, 50, dahulu merupakan pengawal peribadi bekas presiden Yugoslavia, Slobodan Milosevic, dan seorang daripada segelintir komanderMuslimBosniayang menghadapi perbicaraan bagi kekejaman yang dilakukan ke atas orang Serb.
Dia dilepaskan daripada tuduhan membunuh tiga banduan etnik Serb pada 1992.
Seorang lagi askar tentera Bosnia, Sabahudin Muhic, juga didapati tidak bersalah.
Oric mempertahankan bandar timur Srebrenica, di mana kira-kira 8,000 budak lelaki dan lelaki Muslim pada akhirnya dibunuh oleh tentera Serb, kekejaman terburuk di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.
Namun pada 2006, Oric dihukum penjara dua tahun oleh tribunal jenayah perang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB) kerana tidak mengambil tindakan secukupnya untuk melindungi populasi Serb di Srebrenica sewaktu perang 1992-1995 di Bosnia.
Dia dilepaskan selepas mengemukakan rayuan pada 2008, satu keputusan yang menimbulkan kemarahan masyarakat Serb yang menuduh mahkamah di The Hague berat sebelah.
Sebagai pegawai polis muda, Oric anggota sebuah unit di Belgrade yang ditugaskan untuk melindungi Milosevic, yang mengetuai kejatuhan berdarah bekas negara Yugoslavia pada 1990-an.
Kira-kira 130,000 terkorban dalam beberapa peperangan yang berlaku di wilayah bekas persekutuan berkenaan antara 1991 hingga 1999. Konflik di Bosnia meragut 100,000 nyawa.
Oric, pakar seni bela diri, menghadiri mesyuarat Milosevic sebagai pengawal peribadi pada waktu siang dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di kelab malam Belgrade.
Ketika peperangan di antara masyarakat Croat, Muslim dan Serb bermula di Bosnia, dia berada di bandar asalnya Srebrenica dan mengatur pertahanannya mulai April 1992.
“Bagi kami dia adalah seorang wira, seorang lelaki berani yang berjuang dengan kaedah sedikit yang ada padanya,” kata Kada Hotic.
Anak, suami dan dua abang Hotic terbunuh dalam pembunuhan beramai-ramai di sana.
Bagaimanapun Oric diundurkan dari Srebrenica bersama beberapa pegawai lain untuk latihan ketenteraan tiga bulan sebelum ia jatuh pada 11 Julai 1995.
Di Bosnia, ramai mempertikaikan sama ada tindakan itu adalah tanda bahawa pihak berkuasa sudah memutuskan untuk menyerahkan Srebrenica kepada takdirnya.
Oric terus membisu mengenai tempoh tersebut.
Tidak gembira dengan pelepasan Oric oleh mahkamah PBB, Belgrade pada 2014 melancarkan waran antarabangsa yang menuduhnya mengetuai beberapa serangan ke atas kampung Serb dalam wilayah Srebrenica, untuk mengosongkannya daripada populasi Serb dengan ugutan, penyeksaan dan pembunuhan.
Pe r s a t u a n ma n g s a menganggarkan 2,428 askar dan orang awam Serb terbunuh di kawasan itu sewaktu konflik 1992-1995.
Pada 2015, perdana menteri Serbia dan sekarang Presiden Aleksandar Vucic menuduh Oric membunuh seorang banduan, Slobodan Ilic, pada 1992 selepas mencungkil matanya.
Oric ditangkap di Switzerland pada 2015 atas waran Serbia tetapi diekstradisi ke negaranya un t u k me n g h a d a p i dakwaan.
Dia dibicara di Sarajevo bersama Muhic atas pembunuhan Ilic dan dua tahanan perang lain.
“Sebagai seorang askar, saya tiada rasa kesal,” kata Oric berulang kali.
Selepas perang di Bosnia, Oric berprofil rendah sehingga dia ditangkap dan dibawa ke The Hague pada 2003.
Pada 2009, dia dijatuhi hukuman penjara dua tahun di Sarajevo kerana memiliki senjata haram, tetapi diampuni pejabat presiden.
Sewaktu perbicaraannya, yang dibuka pada 2016, Oric sentiasa tenang dan disambut kaum wanita dari Srebrenica yang bertepuk tangan setiap kali beliau memasuki mahkamah. — AFP