Utusan Borneo (Sarawak)

REMAJA LEMAS SELEPAS TERJATUH DARI PERAHU

-

MUKAH: Seorang remaja berumur 13 tahun mati lemas setelah dikatakan terjatuh dari perahu ketika bersama rakannya di tebing Sungai Dalat.

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, ketika kejadian sekumpulan remaja bermain dalam perahu yang diletakkan di tepi sungai.

“Salah seorang remaja tersebut telah terjatuh ke dalam sungai,” kata laporan berkenaan.

Gerakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus diaktifkan dengan menggunaka­n teknik pencarian di permukaan bersama penduduk setempat.

Ketua Polis Daerah Dalat DSP Awang Arfian Awang Bujang ketika dihubungi mengesahka­n mayat mangsa telah dijumpai sekitar jam 5.30 petang.

“Mayat pelajar yang dimaksudka­n masih lengkap berpakaian sekolah ketika dijumpai mati lemas,” jelasnya kepada Utusan Borneo dan mayat telah dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.

Difahamkan pihak Skuad Sayang N56 Dalat yang diketuai Ketua Sayap Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dalat Hatiah Sepawi akan menziarahi dan menyampaik­an sumbangan kebajikan kepada keluarga mangsa dalam kadar segera.

 ??  ?? OPERASI: Keadaan semasa gerakan SAR dijalankan pelbagai pihak di sungai berkenaan.
OPERASI: Keadaan semasa gerakan SAR dijalankan pelbagai pihak di sungai berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia