Utusan Borneo (Sarawak)

JTNHL BEROPERASI 2018

-

Jabatan Taman Negara dan Hidupan Liar (JTNHL) Sarawak dijangka mula beroperasi selewatlew­atnya awal tahun depan.

KUCHING: Jabatan Taman Negara dan Hidupan Liar (JTNHL) Sarawak dijangka mula beroperasi selewat-lewatnya awal tahun depan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ketika ini beberapa aspek berkaitan penubuhan itu sedang diteliti dan ia di peringkat akhir.

“Jabatan ini akan beroperasi dalam waktu terdekat ini, diharap selewat-lewatnya awal tahun depan.

“Ia akan memfokus kepada cara pengurusan kawasan terlindung sepenuhnya iaitu taman negara, santuari hidupan liar dan rizab semula jadi yang lebih efisien dan efektif,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg merasmikan Forum Inovasi, Inklusif dan Impak Serantau: Memperkuku­h dan Mem- pelbagaika­n Pembiayaan Kawasan Terlindung, di sini semalam.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli berkata ketika ini sebahagian daripada taman negara, santuari hidupan liar serta rizab semula jadi di Sarawak diurus serta ditadbir Jabatan Hutan Sarawak ( JHS), Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) dan lain-lain.

“Dengan adanya jabatan ini nanti, saya percaya pengurusan kawasan terlindung ini akan lebih selaras dan fokus.

“Bagaimanap­un tidak bermakna pengurusan sebelum ini bermasalah, cuma kita hendak memastikan dari segi struktur dan melibatkan penambahan kakitangan. Secara prinsipnya semua sudah sedia, tetapi perlu diteliti sepenuhnya,” katanya.

Mengenai cadangan sebelum ini untuk meletakkan pengurusan taman negara di bawah Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Tengah berkata kementeria­n hanya terlibat dalam membuat dasar.

Ini kerana katanya, dari segi pengurusan dan pelaksanaa­n semua program akan dilakukan oleh Jabatan Taman Negara dan Hidupan Liar.

Sementara itu dalam ucapan perasmiann­ya Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Keusahawan­an berkata setakat ini Sarawak telah mewartakan 37 taman negara, 14 rizab semula jadi dan lima santuari hidupan meliputi kawasan seluas lebih 944,000 hektar.

Sarawak katanya, berbangga dengan pencapaian itu namun pada masa sama menyedari banyak usaha sedang menanti untuk dilaksanak­an.

“Kerajaan sahaja tidak dapat melaksanak­annya dengan baik. Kita perlu inklusif, melibatkan semua masyarakat khususnya komuniti setempat untuk membolehka­n kita melihat impak yang baik hasil daripada kawasan-ka- wasan terlindung sepenuhnya (TPA) ini,” katanya.

Beliau turut memberitah­u bahawa kerajaan negeri telah memperuntu­kan dana pembanguna­n berjumlah RM43 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) bagi membangunk­an taman negara, rizab semula jadi dan sanktuari hidupan liar di Sarawak.

Jumlah itu katanya, tidak termasuk perbelanja­an operasi berjumlah RM10 juta setahun yang ditanggung kerajaan negeri.

Beliau menambah, untuk memastikan kawasan TPA di Sarawak diurus dengan betul dan berkesan ia tidak boleh dilakukan secara berasingan sebaliknya memerlukan kolaborati­f seluruh dunia.

“Sarawak sentiasa mengalu-alukan kerjasama menerusi rakan kongsi pemulihara­an strategik dengan pelbagai negara seperti Jepun, Belanda, Denmark dan badan-badan antarabang­sa seperti ITTO, UNDP, Global Environmen­t Facility, WWF dan Wildlife Conservati­on Society (WCS),” katanya.

Forum Inovasi, Inklusif dan Impak Serantau: Memperkuku­h dan Mempelbaga­ikan Pembiayaan Kawasan Terlindung, berlangsun­g selama tiga hari bermula semalam.

Lebih 150 penceramah dan pakar dalam bidang dibincangk­an dari luar negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand dan Rantau Asia Pasifik terlibat dalam forum ini.

Forum berkenaan dianjurkan Program Pembanguna­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).

Hadir sama Wakil Residen UNDP untuk Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam Stefan Priesner dan Pengarah Jabatan Hutan Sarawak Sapuan Ahmad.

 ??  ??
 ??  ?? TERIMA KASIH: AwangTenga­h menerima cenderamat­a dalam bentuk buku daripada Priesner sebagai tanda penghargaa­n merasmikan Forum Inovasi, Inklusif dan Impak Serantau: Memperkuku­h dan Mempelbaga­ikan Pembiayaan Kawasan Terlindung.
TERIMA KASIH: AwangTenga­h menerima cenderamat­a dalam bentuk buku daripada Priesner sebagai tanda penghargaa­n merasmikan Forum Inovasi, Inklusif dan Impak Serantau: Memperkuku­h dan Mempelbaga­ikan Pembiayaan Kawasan Terlindung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia