Utusan Borneo (Sarawak)

RESTORAN BECCARI TAWAR MASAKAN TERKENAL ITALI

- Oleh Rusnan Mustafa

RESTORAN Beccari Hotel Merdeka Palace di Kuching kini memperkena­lkan menu baharu bertemakan masakan terkenal Itali.

Antara hidangan itu ‘Bruschetta(V)’, ‘Salad Nicoise’, ‘Charbroile­d Lamb’, Sirloin, Tiramisu dan Piza pelbagai pilihan cita rasa.

Mengulas lanjut mengenai menu baharu itu, Cef Gedang Jetom berkata, kesemua hidangan itu 100 peratus mengikut sajian terkenal makanan Itali.

Bagi Burschetta(V), katanya, ia merupakan tepung piza kosong garing segar yang dibakar dengan ketuhar dan disajikan bersama tomato Aioli.

“Bagi Salad Nicoise pula, ia merupakan komposisi Tuna Maguro, telur puyuh, tomato, kacang, Edamame, tauge, selada dan hiasan herba.

“Untuk menu Charbroile­d Lamb pula, ia adalah daging anak biribiri dengan cairan perap rahsia yang dibakar sempurna dalam ketuhar khas sebelum disajikan bersama sayuran bermentega, ubi kentang Beccari, keju kambing dan pes terung,” katanya ketika ditemui di Kuching, baru-baru ini.

Apa yang lebih menarik mengenai Restoran Beccari menurut Cef Gedang ialah, ia merupakan satu-satunya restoran di hotel menggunaka­n ketuhar kayu. “Jadi kita dapat mengekalka­n rasa dan kualiti setiap daging bakar yang dihidangka­n dan ia pasti memberi rasa yang amat menyelerak­an kepada penggemar masakan Itali,” tambahnya. Untuk menu Sirloin pula, ia adalah daging batang pinang sama ada digril atau dipanggang dengan keju mascarpone, disaji dengan bawang, zaitun hitam, tomato dan lada benggala dilengkapi dengan sos herba istimewa. Untuk pemanis mulut pula, disediakan Tiramisu yang mempunyai perisa kopi diperbuat daripada keju mas- carpone, kek kopi yang disajikan dengan manisan buah peri, repui mentega dan aiskrim vanila.

Bagi hidangan piza Itali pula, pelanggan boleh memilih cita rasa mengikut kehendak masing-masing seperti daging, ayam, makanan laut, sayuran dan keju tambahan.

Malah, Restoran Beccari juga menawarkan perkhidmat­an pesanan pandu lalu atau ‘drive thru’ bagi pelanggan yang hendak membeli piza Itali yang dijual di situ.

“Pelanggan juga boleh membuat tempahan piza mereka sebelum mengambil pesanan mereka di ruang pandu lalu yang disediakan di sini dengan menghubung­i kami di talian 082-25800 sambungan 8080,” kata Penyelaras Komunikasi Pemasaran Mona Farriza Abdullah.

Beliau memberitah­u, pesanan pandu lalu untuk piza di restoran itu dibuka dari jam 12 tengah hari hingga 9 malam setiap hari.

Selain itu, katanya, Restoran Beccari juga menawarkan menu Tuna Sensation sepanjang Oktober ini selain menu Ayam Peri Peri dan Nasi Goreng Aurora Wok.

Hadir sama Cef Esekutif Fadill Mohd Hanif, Cef Jefferson Jikom dan Pengurus Jualan Mohd Arshad Hasriee.

 ??  ??
 ??  ?? PELBAGAI MANISAN: Antara pemanis mulut yang terdapat di Seatle Coffee & Tea di Hotel Medeka Palace Kuching.
PELBAGAI MANISAN: Antara pemanis mulut yang terdapat di Seatle Coffee & Tea di Hotel Medeka Palace Kuching.
 ??  ?? ADA PANDU LALU: Piza Itali boleh didapati secara pandu lalu di Restoran Beccari, Hotel Merdeka Palace Kuching.
ADA PANDU LALU: Piza Itali boleh didapati secara pandu lalu di Restoran Beccari, Hotel Merdeka Palace Kuching.
 ??  ?? ISTIMEWA OKTOBER: Tuna Sensation juga antara pilihan yang disediakan di Restoran Beccari, Hotel Merdeka Palace Kuching.
ISTIMEWA OKTOBER: Tuna Sensation juga antara pilihan yang disediakan di Restoran Beccari, Hotel Merdeka Palace Kuching.
 ??  ?? CHARBROILE­D LAMB
CHARBROILE­D LAMB
 ??  ?? SIRLOIN
SIRLOIN
 ??  ?? TIRAMISU
TIRAMISU
 ??  ?? TERBAIK DARIPADA SAYA: Cef Gedang adalah cef yang menyediaka­n hidangan istimewa dari Itali hanya di Restoran Beccari, Hotel Merdeka Palace Kuching.
TERBAIK DARIPADA SAYA: Cef Gedang adalah cef yang menyediaka­n hidangan istimewa dari Itali hanya di Restoran Beccari, Hotel Merdeka Palace Kuching.
 ??  ?? ISTIMEWA: Cef Gedang (kiri) dan Cef Fadill memperkena­lkan Salad Nicoise antara menu baharu di Restoran Beccari, Hotel Merdeka Palace Kuching.
ISTIMEWA: Cef Gedang (kiri) dan Cef Fadill memperkena­lkan Salad Nicoise antara menu baharu di Restoran Beccari, Hotel Merdeka Palace Kuching.
 ??  ?? SELAMAT DATANG: (Dari kanan) Arshad, Cef Gedang, Mona, Cef Esekutif Fadill (dua kiri) dan Cef Jefferson (kiri) merakam kenangan bersama.
SELAMAT DATANG: (Dari kanan) Arshad, Cef Gedang, Mona, Cef Esekutif Fadill (dua kiri) dan Cef Jefferson (kiri) merakam kenangan bersama.
 ??  ?? TURUT DIBUKA: Cef Esekutif Fadill dan Cef Jefferson memperkena­lkan Seatle Coffee & Tea di Hotel Merdeka Palace yang telah diubah suai.
TURUT DIBUKA: Cef Esekutif Fadill dan Cef Jefferson memperkena­lkan Seatle Coffee & Tea di Hotel Merdeka Palace yang telah diubah suai.
 ??  ?? SUASANA SELESA: Restoran Beccari, Hotel Merdeka Palace Kuching menyediaka­n ruang yang selesa untuk pengunjung.
SUASANA SELESA: Restoran Beccari, Hotel Merdeka Palace Kuching menyediaka­n ruang yang selesa untuk pengunjung.
 ??  ?? LAZAT: Menu baharu masakan Itali, Bruschetta( V).
LAZAT: Menu baharu masakan Itali, Bruschetta( V).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia