Utusan Borneo (Sarawak)

MELAHIR ATLET SERBA BOLEH

Pelajar 12 tahun ke bawah disaran melibatkan diri pelbagai sukan

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Timbalan Pengarah Sukan Kementeria­n Pelajaran Malaysia ( KPM), Zainal Abas menyaranka­n golongan pelajar berusia 12 tahun ke bawah melibatkan diri dengan pelbagai jenis sukan.

Katanya, pada peringkat ini pelajar terbabit tidak wajar diberikan keputusan awal oleh guru-guru mereka dengan diberikan penekanan terhadap satu jenis sukan sahaja.

Zainal berkata, kebolehan pelajar- pelajar lingkungan usia tersebut perlu dibangunka­n secara menyeluruh.

“Ini membolehka­n mereka menjadi seorang atlet serba boleh ‘total atlet’ dan mereka boleh berlari, melompat dan berlari berpagar,” katanya pada penutupan Kejohanan Sukan Sekolah Pribumi Sarawak 2017 di Stadium Tun Zaidi, di sini semalam.

Sebanyak 21 Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) seluruh negeri dan 264 pelajar mengambil bahagian pada kejohanan dianjurkan oleh PPD Selangau.

Zainal berkata, untuk melahirkan atlet- atlet dalam usia muda seperti itu penekanan terhadap aspek sains dan biologi perlu diambil kira.

Mengambil contoh atlet wanita berusia antara sembilan hingga 12 tahun, Zainal menjelaska­n bahawa ia adalah fasa perkembang­an sensitif bagi mereka.

Beliau menjelaska­n, ketika sedang melalui fasa tersebut pencapaian mereka mungkin mengalami sedikit penu- runan.

“Apa harus dilakukan ialah guru- guru terbabit terus memberi galakkan dan sokongan,” ujar beliau.

Zainal juga memberitah­u KPM sentiasa memberi galakkan kepada pelajarpel­ajar melibatkan diri dalam sukan.

Ini selari dengan usaha kerajaan memperkena­l dasar 1Murid 1Sukan bermakna setiap murid harus melibatkan diri secara aktif dalam salah satu acara sukan paling diminati.

“Sekolah merupakan peringkat paling penting dalam pembanguna­n sukan dan jati diri atlet- atlet,” tambah beliau.

Katanya, peringkat inilah bakat- bakat pelajar dapat dikesan seterusnya diasah untuk menjadi seorang atlet sebenar.

Zainal mendedahka­n Sarawak dibarisi ramai atlet berwibawa dan antara pasukan utama selain pernah beberapa kali muncul juara kejohanan olahraga kebangsaan.

Hadir sama Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri, Abang Mat Ali Masagus dan Pegawai Pelajaran Daerah ( PPD) Selangau, Jambai Sayong.

Ini membolehka­n mereka menjadi seorang atlet serba boleh ‘total atlet’ dan mereka boleh berlari, melompat dan berlari berpagar. Zainal Abas Timbalan Pengarah Sukan Kementeria­n Pelajaran Malaysia

 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: Zainal (kanan lima belakang) bersama peserta yang mengambil bahagian pada kejohanan tersebut.
TAHNIAH: Zainal (kanan lima belakang) bersama peserta yang mengambil bahagian pada kejohanan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia