Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa rogol dikaunseli­ng

Pulihkan trauma dialami, mangsa bebas memilih ahli kaunseling yang mereka selesa untuk bercakap

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kesemua mangsa rogol dan amang seksual di kalangan kanak-kanak akan diberi sesi kaunseling bagi memulihkan trauma yang dialami mereka.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga da Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, namun ia terpulang kepada mangsa untuk memilih ahli kaunseling yang mereka lebih selesa untuk bercakap.

“Kita ada tiga ahli kaunseling iaitu di sekolah melibatkan guru kaunseling, pekerja sosial kesihatan di hospital dan ahli kaunseling daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kadangkala mangsa lebih selesa dengan guru kaunseling mereka dan ia terpulang sama ada mereka memilih kaunseling di sekolah, pekerja sosial atau daripada JKM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas men- genai kes kanak- kanak di sebuah sekolah di Serian yang telah dicabul oleh seorang guru sejak Mei lepas.

Fatimah menegaskan selama ini dalam kebanyakan kes yang dilaporkan melibatkan kanakkanak, mereka akan diberi kaunseling.

Katanya ia bukan perkara senang memandangk­an ada antara kes mengambil masa bertahun untuk dilaporkan kerana mereka takut atas keselamata­n diri.

Namun katanya, sejak akhir- akhir ini banyak kes dilaporkan yang menyaksika­n pesalah dibawa ke mahkamah dan mangsa mendapat keadilan.

“Kini kita berasa gembira memandangk­an ramai pihak yang semakin prihatin dan melaporkan kes sedemikian sama ada ibu bapa atau masyarakat atau ketua masyarakat sendiri.

“Jika ia tidak dilaporkan, mangsa akan terus menderita dan ia tidak akan terhenti,” tegasya.

Fatimah berkata dalam kes melibatkan seorang guru yang mencabul kanak-kanak itu, tindakan segera kepada pesalah itu adalah amat baik.

Katanya pesalah tidak dibenarkan bebas dengan ikat jamin yang pastinya memberi satu keyakinan kepada mangsa agar pesalah tidak bebas balik sebelum pertuduhan dibuat.

“Apa yang menjadi mesej di sini adalah menunjukka­n semua pihak bertanggun­gjawab melaporkan kes supaya ia dapat dihentikan dan disusuli dengan tindakan segera ke atas pesalah.

“Ini memberi keyakinan kepada mangsa mendapat pembelaan dan sistem sokongan yang diberikan kepada mereka amat penting,” katanya.

Kita ada tiga ahli kaunseling iaitu di sekolah melibatkan guru kaunseling, pekerja sosial kesihatan di hospital dan ahli kaunseling daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga da Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia