Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki kurang siuman mengaku bersalah mencuri ketuhar elektrik

-

MIRI: Seorang lelaki kurang siuman dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM1,600 atau dua minggu penjara oleh Mahkamah Majistret di sini semalam setelah mengaku bersalah terhadap tuduhan mencuri sebuah ketuhar elektrik.

Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuas­akan mulai tarikh tangkapan pada 5 Ogos lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah meneliti beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan dilakukann­ya serta mengambil kira kepentinga­n awam dan laporan perubatan mengesahka­n tertuduh layak menghadapi tuduhan tersebut.

Ling Ten Sung, 40, dari Jalan Pujut 2B di sini didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan boleh membawa hukuman penjara 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh didapati men- curi sebuah ketuhar elektrik bernilai RM400 kepunyaan Ng Sian Hup Trading Sdn Bhd dan di bawah jagaan Kho Kei Yew.

Kesalahan itu didakwa dilakukann­ya jam 3.02 petang, pada 21 Jun tahun ini di pasar raya Ng Sian Hup Trading Sdn Bhd, Estet Perindustr­ian Piasau di sini.

Dalam pada itu, mahkamah menetapkan 26 Oktober ini untuk pengurusan kes setelah tertuduh mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencuri sebuah meja taman bernilai RM899 kepunyaan Sin Siang Hai Trading Sdn Bhd dan di bawah jagaan Yapp Ming Wei.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua- duanya jika sabit kesalahan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu jam 7.08 pagi, pada 31 Julai lalu di kedai Sin Siang Hai Trading Sdn Bhd, Lorong 10 Krokop di sini.

Manakala bagi tuduhan ketiga yang didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Kesek- saan, mahkamah menetapkan 27 Oktober ini sebutan lanjut sementara menunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Terdahulu, Zuraini menyaranka­n Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor supaya merujuk kes ini kepada TPR memandangk­an laporan perubatan tertuduh dikeluarka­n Hospital Sentosa mengesahka­n tertuduh mengalami halusinasi semasa melakukan kesalahan.

Menurut pertuduhan kes, tertuduh dituduh melakukan khianat dengan memecahkan cermin hadapan sebuah van kepunyaan syarikat Computlink Security Solution Sdn Bhd di bawah jagaan Yong Ka Huan sehingga menyebabka­n kerugian berjumlah RM700.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu jam 3.53 pagi, pada 31 Julai lalu di hadapan premis Opi De Beauty Pusat Komersil Boulevard di sini.

Mahkamah membenarka­n tertuduh dibebas dengan jaminan RM1,000 dengan ibunya sebagai penjamin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia