Utusan Borneo (Sarawak)

Dadah: Wanita warga asing dipenjara empat bulan

-

MIRI: Seorang wanita warga asing dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana kesalahan menggunaka­n dadah berbahaya jenis methamphet­amine.

Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuas­akan mulai tarikh tangkapan pada 19 Ogos lalu.

Tertuduh juga dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk proses penghantar­an pulang ke negara asalnya setelah selesai menjalani hukuman penjara.

Jasmin Sahai, 28, dari Kalimantan, Indonesia didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati menggunaka­n dadah berbahaya jenis methamphet­amine disenaraik­an di bawah Jadual Pertama ADB 1952, dengan memasukkan dadah tersebut ke dalam tuduh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu jam 2.05 petang, pada 19 Ogos lalu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia