Utusan Borneo (Sarawak)

Penagih dadah dicekup di sebuah rumah

-

SIBU: Seorang penagih dadah dicekup pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah ( BSJND Sibu) di sebuah rumah, Jalan Lada di sini petang kelmarin.

Lelaki berusia 54 tahun itu ditahan selepas polis menjumpai beg kulit milik suspek di tepi sofa ruang tamu rumah terbabit dalam satu serbuan jam 3 petang itu.

Hasil pemeriksaa­n dalam beg berwarna coklat itu, polis menjumpai dua peket lutsinar kecil berisi pepejal kristal disyaki dadah jenis syabu dengan berat kasar 0.57 gram.

Menurut sumber polis, suspek dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Suspek didapati positif dadah selepas menjalani ujian saringan air kencing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia