Utusan Borneo (Sarawak)

Jurulatih dilatih ajar kanak-kanak elak penderaan seksual

-

KUCHING: Persatuan Wanita Untuk Wanita Sarawak ( SWWS) menganjurk­an latihan untuk jurulatih dalam aspek keselamata­n peribadi untuk kanak-kanak di sebuah hotel di sini kelmarin.

Menurut kenyataan akhbar SWWS semalam, latihan itu adalah untuk memperkena­l dan melatih bakal jurulatih terutama daripada kalangan guru sekolah dan penjaga kanak-kanak daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai cara mengajar kanak-kanak tentang keselamata­n diri.

Ia turut dipercayai berupaya meningkatk­an kesedaran kanak-kanak tentang bagaimana melindungi diri mereka daripada penderaan seksual.

Modul latihan terdiri daripada topik yang berbeza seperti keunikan setiap kanak-kanak, hak kanakkanak, bahagian badan yang sulit, perasaan dan sentuhan, sentuhan yang selamat dan tidak selamat, peraturan keselamata­n, rahsia, cara mencari bantuan dan sistem sokongan. Seramai 70 peserta yang kebanyakan­nya dari sekolah rendah di kawasan Kuching, menyertai latihan setengah hari itu.

Dikendali ahli SWWS sebagai penceramah, latihan itu mendapat kelulusan Jabatan Pendidikan.

SWWS berharap peserta akan menjalanka­n program keselamata­n serupa di sekolah dan komuniti masing-masing untuk mengajar kanak-kanak tentang keselamata­n diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia