Utusan Borneo (Sarawak)

Dewanita DUBS lawat Bangkok, teroka potensi perniagaan

-

KUCHING: Dewanita Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) mengadakan lawatan ke Bangkok bagi meneroka potensi rangkaian kerjasama perniagaan di negara itu.

Lawatan kerja yang bermula pada hari ini (11 Oktober) hingga 18 Oktober itu akan diketuai Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak merangkap Penaung Dewanita Dato Sri Fatimah Abdullah.

“Rombongan ini terdiri daripada 18 orang dan setiap daripada ahli yang terlibat mempunyai perniagaan atau produk yang berbeza untuk dibawa ke sana.

“Mereka berharap dapat mencapai rangkaian kerjasama, business matching, selain mendapat idea baharu dalam membangunk­an produk yang dihasilkan,” katanya.

Fatimah berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan daripada rombongan Dewanita DUBS yang diketuai Pengerusi Dewanita Juita Drap dan Pengarah MATRDE Sarawak Leany Mokhtar di pejabatnya di sini, semalam.

Sementara itu Juita berkata, antara objektif lawatan adalah meningkatk­an lagi pengetahua­n di kalangan ahli bersama rakan mereka di Bangkok, iaitu persatuan wanitanya.

“Persatuan Wanita mereka merupakan persatuan yang profesiona­l di sana.

“Kami mahu meneliti dan meneroka produk baharu yang boleh kami kerjasama selain membawa produk dari sini untuk dipasarkan di sana,” katanya.

Juita memberitah­u mereka juga berharap dapat mempelajar­i e-dagang daripada negara itu yang disifatkan lebih ke hadapan.

Katanya dengan itu diharap rakan mereka di sana berkongsi idea baharu dari segi teknologi usahawan.

“Kami mahu mempelajar­i bagaimana mereka berniaga atas talian yang mungkin boleh kita guna pakai,” katanya.

Hadir sama Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak Noriah Ahmad.

 ??  ?? ROMBONGAN: Fatimah (tujuh kiri) bersama Juita (enam kiri), Leany (lapan kiri) Noriah (lima kiri) serta ahli Dewanita DUBS yang menyertai lawatan ke Bangkok bermula hari ini beraksi dengan poster mereka.
ROMBONGAN: Fatimah (tujuh kiri) bersama Juita (enam kiri), Leany (lapan kiri) Noriah (lima kiri) serta ahli Dewanita DUBS yang menyertai lawatan ke Bangkok bermula hari ini beraksi dengan poster mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia