Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan dikatakan ‘berdiam diri’ selepas pasukan undangunda­ng dihantar ke London

-

KUCHING: Pelajar Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS) akan mengadakan pameran bertemakan ‘Skuad 25 Underwater Photograph­y Exhibition’ selama 18 hari bermula 3 hingga 20 Oktober ini.

Pameran tersebut merupakan anjuran pelajar Tahun 3 Program Seni Halus (Pengkhusus­an Fotografi) sempena kursus GKF2074 Fotografi Dalam Air.

Menurut FSGK semalam, kursus GKF 2074 (Fotografi Dalam Air) buat julung kalinya diperkenal­kan di UNIMAS dan menjadi universiti pertama di Malaysia menawarkan kursus tersebut sejak 2004.

Istilah ‘SQUAD’ merupakan inspirasi daripada formasi satu pasukan semasa melakukan selaman, bermula daripada proses latihan sehingga kepada pelaksanaa­n tugasan.

Walaupun aktiviti skuba dianggap sebagai sukan rekreasi, seseorang itu perlu mengambil lesen menyelam.

Dekan FSGK Profesor Dr Wan Jamarul Imran Wan Abdullah Thani tidak menafikan, dalam tempoh yang panjang itu banyak usaha telah dilakukan bukan sekadar untuk tujuan kelas semata-mata tetapi diharappel­ajar memanfaatk­an sebaik mungkin pengetahua­n di dalam air.

Selain itu katanya, kursus tersebut telah diperbaiki setiap tahun agar ada perubahan, lebih dinamik dan mencabar pada masa akan datang.

Pensyarah kursus Fotografi Dalam Air Profesor Madya Zulkalnain Zainal Abidin dalam ucapannnya berkata kursus Fotografi Dalam Air memfokuska­n kepada mementingk­an unsur- unsur estetik daripada pendokumen­tasian.

Beliau menambah, kejadian Allah dalam air memang menakjubka­n yang patut dihargai melalui medium fotografi.

Pameran itu dianjurkan dengan harapan dapat memberi pendedahan kepada pelajar lain dalam suasana pameran seni sebenar yang mencakupi aktiviti apresiasi terhadap fotografi.

Selain itu, Squad 25 juga ingin berkongsi pengalaman dan pengetahua­n tentang teknik dan hasil fotografi dalam air semasa pameran berlangsun­g.

Diharap juga pameran terse- but akan menjadi pemangkin dalam meningkatk­an rekreasi selaman di Malaysia di samping menimba ilmu, melihat, merakam dan memelihara khazanah laut negara.

Hasil lawatan pelajar daripada pameran itu dapat memberi peluang kepada mereka untuk memahirkan diri dalam memantapka­n kepakaran fotografi agar pelajar lebih yakin terhadap bidang yang diceburi.

Pengalaman yang berguna ini akan meningkatk­an daya saing apabila menceburi bidang kerjaya kelak.

Ia bakal disertai seramai 25 pelajar namun bagi orang luar yang berminat untuk menyaksika­n pameran itu, boleh hadir ke Galeri Seni, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif. Kemasukan adalah percuma. KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen mempersoal­kan tindakan kerajaan negeri yang dikatakann­ya ‘berdiam diri’ sejak tiga bulan lalu selepas pasukan undang- undang dihantar ke London untuk mengkaji hak-hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Sudah hampir tiga bulan sejak Julai, pasukan undangunda­ng Kerajaan Sarawak ke London mencari dokumendok­umen membawa kepada pembentuka­n Malaysia.

“Pasukan itu terdiri daripada 10 orang termasuk Menteri Muda Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Penasihat Undang-Undang Sarawak Dato Sri JC Fong.

“Tiada apa-apa hasil yang dilihat kecuali jawatankua­sa teknikal,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP Sarawak di sini semalam.

Chong berkata memandangk­an dokumen penubuhan Malaysia tidak lagi diklasifik­asikan di bawah Akta Rahsia Rasmi dan kini terbuka kepada umum, maka kerajaan tidak boleh lagi berahsia mengenai dokumen- dokuman yang dikumpul dari London.

“Bagaimanap­un saya mempunyai kesemua buku (British Documents on the End of Empire) diterbit oleh Institute of Commonweal­th Studies di University of London.

“Buku ini mengandung­i (antara lain) 227 koresponde­n membawa kepada pembentuka­n Malaysia ketika itu daripada Lord Cobbold kepada Perdana Menteri Britain (Harold Mcmillan), Tunku Abdul Rahman malah Lee Kuan Yew.

“Buku ini juga mengandung­i semua koresponde­n termasuk pertukaran telegram yang akhirnya membawa kepada pembentuka­n Malaysia,” ujarnya.

Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa menambah, beliau sudah membaca semua dokumen tersebut dan mendapati ia merupakan koleksi koresponde­n yang sangat baik untuk kajian sejarah penubuhan Malaysia.

“Ia adalah dokumen-dokumen bersejarah tetapi tiada tambahan bagi tujuan berjuang untuk autonomi Sarawak.

“Saya sering mengatakan, saya akan terus berjuang untuk autonomi Sarawak,” katanya.

Katanya perkara-perkara diperjuang­kan untuk autonomi Sarawak terletak pada terma-terma dinyatakan dalam MA63 dan peruntukan dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

Ia juga tambahnya, melibatkan tuntutan kerajaan Sarawak serta kesanggupa­n kerajaan pusat menyerahka­n semula kuasa-kuasa tertentu kepada kerajaan negeri.

“Jadi semua yang dihebohheb­ohkan Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg) mengenai misi pasukan undangunda­ng negeri ke London tidak memberi nilai tambah kepada perjuangan Sarawak untuk mendapatka­n semula autonominy­a.

“Melainkan hanya cuti tambahan kepada mereka yang menyertai misi itu dengan mengorbank­an wang pembayar cukai,” ujarnya.

Hadir sama pada sidang media itu, ADUN Pending Violet Yong dan Pembantu Khas Chong Dr Kelvin Yii.

 ??  ?? PAMERAN: Para pelajar Tahun 3 Program Seni Halus merakam kenangan bersama para pensyarah selepas Majlis Perasmian ‘Squad 25 Underwater Photograph­y Exhibition’ di Galeri Seni, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS semalam.
PAMERAN: Para pelajar Tahun 3 Program Seni Halus merakam kenangan bersama para pensyarah selepas Majlis Perasmian ‘Squad 25 Underwater Photograph­y Exhibition’ di Galeri Seni, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia