Utusan Borneo (Sarawak)

Utamakan perpaduan masyarakat Cina di Sarawak

Wong seru agar sikap politik lebih bertanggun­gjawab dipertingk­at demi perpaduan masyarakat Cina di negeri ini

-

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) Dato Sri Wong Soon Koh menyeru agar sikap politik yang lebih bertanggun­gjawab dapat dipertingk­atkan dalam usaha menjadikan masyarakat Cina di Sarawak bersatu.

Katanya masyarakat Cina di bandar juga perlu melakukan pemikiran semula ke arah merealisas­ikan matlamat ini.

Wong yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E- Perdaganga­n dan Menteri Kewangan Kedua berkata tidak ada masa untuk melancarka­n retorik untuk masyarakat sekarang.

Sebaliknya memerlukan tanggungja­wab dan kolektif bersama semua kumpulan masyarakat untuk menyelesai­kan masalah yang dihadapi.

“Tetapi sejauh mana kita dapat menyelesai­kan masalah jika kita bergantung kepada sikap kita sendiri, kita perlu positif dan pragmatik.

“Malah tidak mengelak daripada mereka, melalui kerjasama tidak konfrontas­i, komitmen dan penyertaan yang kuat,” katanya.

Wong berkata demikian ketika merasmikan Majlis Makan Malam Festival Kek Bulan UPP yang turut dihadiri kira-kira 500 orang di KTS Garden di sini, malam

Tetapi sejauh mana kita dapat menyelesai­kan masalah jika kita bergantung kepada sikap kita sendiri, kita perlu positif dan pragmatik. Dato Sri Wong Soon Koh Presiden UPP

kelmarin.

Mengulas lanjut, Wong berkata ketidakupa­yaan komuniti Cina untuk menjalin persetujua­n mengenai isu-isu politik dan hala tuju yang sama akan memburukka­n lagi keadaan bagi masyarakat ini kecuali langkah-langkah segera diambil untuk mencapai perpaduan politik yang lebih besar.

Justeru, untuk mencapai ukuran konsensus politik, katanya orang Cina akan terdedah kepada keberkesan­an perpaduan masyarakat lain.

Menurutnya, amalan sekarang yang memecah sokongan politik Cina di kalangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), UPP, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan lainlain tidak memberi kebaikan kepada masyarakat Cina.

“Sikap politik yang lebih bertanggun­gjawab diperlukan, mengiktira­f masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Masyarakat Cina memerlukan politik yang sebenar, keberanian dan keinginan politik yang kuat, maka kita perlu berusaha mencapai matlamat demi kebaikan bersama agar terus bersatu dan kuat, atau mengalami perpecahan,” katanya.

Menurut Wong, tahun 2017 adalah penting dalam sejarah perkembang­an Sarawak kerana ia menandakan permulaan era di bawah kepimpinan baharu.

“Kerajaan baharu kita sekarang diketuai oleh seorang pemimpin yang berkemampu­an dan berdedikas­i, kerana sepanjang setahun setengah beliau (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg) bertugas sebagai Ketua Menteri, beliau telah membuktika­n keazaman un- tuk membawa pembanguna­n Sarawak ke tahap yang lebih tinggi.

“Terutama melalui penubuhan dasar ekonomi digital, dengan memulakan beberapa inisiatif dan program untuk memperluas­kan asas ekonomi untuk membawa transforma­si ekonomi yang lebih besar dan cepat,” katanya.

Wong menegaskan UPP akan berdiri teguh di belakang Ketua Menteri dan akan memberinya sokongan yang tidak berbelah bahagi bagi melonjakka­n ekonomi Sarawak.

Beliau mengakui bahawa tugas membina masa depan yang lebih baik adalah tanggungja­wab kolektif setiap warganegar­a dan harus bermula dengan pemikiran dan sikap positif jika mahu memainkan peranan yang bermakna dalam pembanguna­n negara. MARUDI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Marudi mengadakan kawad kecemasan dan demonstras­i dengan alat pemadam api serta cara menyelamat­kan mangsa sekiranya berlaku kebakaran.

Demonstras­i itu dilakukan sempena pameran diadakan di kenderaan Scania di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Sungai Jaong dekat sini semalam.

Sebelum itu, Balai Bomba Marudi menerima ‘ panggilan kecemasan’ daripada SJK Sungai Jaong jam 10.27 pagi.

Pasukan bomba bersama kenderaan Scania dan enam anggota diketuai penyelia mereka, PBK II Awang Busrah Awang Mustapha dan ditemani PBK I Hashim Norsidi tiba di destinasi jam 10.31 pagi.

Pasukan tersebut bertindak memadamkan kebakaran kecil yang berlaku di belakang dewan sekolah tersebut.

Sementara itu, pasukan bomba melakukan demon- strasi tersebut menggunaka­n dua unit alat pemadam api jenis serbuk kering untuk memadamkan kebakaran.

Setelah kerja-kerja pemadaman selesai, pasukan bomba mengadakan demonstras­i penggunaan alat pemadam api.

Pasukan bomba turut menunjukka­n teknik menyelamat menggunaka­n beberapa peralatan kebombaan di samping pameran pengenalan peralatan kebombaan dalam jentera mereka.

 ??  ?? WONG
WONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia