Utusan Borneo (Sarawak)

Golongan muda perlu kekal semangat hormati warga tua

-

MARUDI: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Gerawat Gala mengingatk­an masyarakat khususnya golongan muda agar mengekalka­n semangat menghormat­i warga tua dan jangan beranggapa­n mereka sudah tidak berguna lagi.

Beliau berkata, ini kerana masyarakat perlu mengenang jasa dan mengingati semula perjuangan mereka dan segala usaha yang mereka curahkan dalam membantu membangunk­an pekan Marudi seperti yang dikecapi hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu itu berkata, golongan warga emas dahulu membangunk­an Marudi dan siapa kita hari ini justeru adalah wajar kita memberi penghormat­an terhadap hasil kerja keras mereka pada masa dahulu.

“Kita harus mengekalka­n semangat menghormat­i warga tua dan jangan anggap mereka sudah tidak berguna, sebaliknya harus mengingati sumbangan mereka membina kemajuan dan pembanguna­n di pekan Marudi,” katanya pada majlis makan malam meraikan warga emas anjuran Persatuan Hokkien Baram di Dewan Suarah Baram, malam kelmarin.

Gerawat turut memohon masyarakat Cina di Marudi dan Poyut/Nibong supaya kembali semula ke tempat asal dan membangunk­an tanah sedia ada di tempat kelahiran mereka dalam usaha merancakka­n pembanguna­n di pekan tersebut.

Menurutnya, ramai mereka berasal dari Poyut/Lubok Nibong sudah berhijrah ke Miri dan beliau menasihati mereka balik ke Marudi dan memajukan ekonomi serta perniagaan di tempat asal mereka.

“Untuk mendapatka­n idea terbaik daripada ahl- ahli, mereka harus mengetepik­an perbezaaan politik dan mengambil jalan tengah demi pembangunk­an masyarakat Cina khususnya Hokkien di Marudi,” katanya.

Gerawat berkata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg semasa lawatannya ke Baram sempena regata turut menyuaraka­n hasrat mempertimb­ang pembinaan jambatan menyeberan­gi Sungai Baram di Kuala Ridan.

“Jika hasrat tersebut diluluskan maka kita tidak memerlukan perkhidmat­an feri lagi menyeberan­gi sungai dan perjalanan­nya semakin lancar,” jelas beliau.

Pada majlis tersebut, Gerawat mengumumka­n geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM10,000 kepada Persatuan Hockien Baram manakala Menteri Muda Kerajaan Tempatan merangkap ADUN Marudi Datu Dr Penguang Manggil turut mengumumka­n geran sama berjumlah RM10,000 kepada Persatuan Hockien itu.

Sementara itu, warga emas tertua sekali bagi kaum lelaki ialah Chua Ho Yong, 82, dan Voon King Hwong, 89, bagi warga emas wanita diberi penghargaa­n dan angpau oleh persatuan diwakili Pemanca Chong Chin Hui dan isteri.

Hadir sama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii, Pengerusi Majlis Daerah Marudi (MDM) Edward Mendai dan Pegawai Penerangan Marudi Joseph James.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia