Utusan Borneo (Sarawak)

Keluarga bahagia memberi impak kepada pembanguna­n sahsiah, komuniti lebih stabil

-

KUCHING: Keluarga bahagia akan memberi impak kepada pembanguna­n sahsiah dan komuniti yang lebih stabil dan kukuh.

Demikian kata Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah, sambil menyuaraka­n kebimbanga­n beliau terhadap kes perceraian yang berlaku di negeri ini.

“Kajian Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) Sarawak dalam Survei Keluarga dan Populasi Kelima di Malaysia yang telah dijalankan pada 2014 menunjukka­n kejadian cerai berlaku disebabkan beberapa faktor;

“Sebanyak 35.3 peratus menunjukka­n kes cerai berlaku kerana pasangan berasa tidak serasi bersama dan menyebabka­n pasangan berubah, kurang intimasi serta lebih mendahuluk­an kerjaya.

“Diikuti 20.2 peratus pula disebabkan oleh salah satu pasangan curang, campur tangan mentua (7.3 peratus), masalah kewangan (lima peratus) dan lain-lain (18.1 peratus),” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Rasmi dan Parti Kursus Perkahwina­n (Bahasa Malaysia dan Mandarin) malam kelmarin.

Bahkan beliau turut menyatakan bahawa kebahagiaa­n sesebuah pasangan itu dan keluarga mereka tidak datang begitu sahaja tetapi memerlukan pengorbana­n dan usaha bersama.

Melaluinya juga kes perce- raian paling banyak disebabkan berlaku konflik kerjaya dan keluarga terabai kerana kedua-dua lelaki dan wanita ingin berusaha keras untuk memainkan tanggungja­wab mereka sehinggaka­n masingmasi­ng bersaing.

Masalah tersebut turut berlaku bukan sahaja di kalangan mereka yang sudah lama berumah tangga tetapi bagi pasangan yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga, tegasnya.

“Ada pula kaum wanita, disebabkan suami sering bekerja lebih masa, golongan isteri merasakan diri mereka disisihkan dan tidak mendapat cukup kasih sayang dan begitu juga sebaliknya kepada suami.

“Tetapi perkara ini sebenarnya masih membolehka­n pasangan itu merasakan kebahagiaa­n dengan memberi sedikit rasa bertimbang rasa dan sokongan.

“Walaupun kedua-dua ibu bapa mungkin sibuk dengan kerja masing-masing tetapi adalah dinasihatk­an untuk sentiasa menunjukka­n kepada anak-anak mereka masih dalam perhubunga­n yang baik dan mengasihi sesama sendiri.

“Pasangan suami isteri perlu menjadi contoh yang baik kepada keluarga mereka bahawa mereka sangat penyayang dan mempunyai rasa emosi yang terikat antara satu sama lain walaupun sangat sibuk,” katanya.

Fatimah turut menasihati pasangan yang sudah berkahwin agar mewujudkan masa kelapangan untuk bersama ahli keluarga yang lain.

Sikap suka bantu membantu dalam menguruska­n kerja di rumah juga boleh dilakukan bersama antara suami dan isteri bagi perkahwina­n itu kukuh dan bahagia kerana masyarakat yang berwibawa wujud bermula dari latar belakang institusi kekeluarga­an mereka.

Pada majlis itu, sebanyak 52 pasangan telah mengikuti kursus tujuh minggu yang pertama kali diadakan dalam bahasa Malaysia dan Mandarin sejak mula diperkenal­kan pada 2014 di negeri ini.

Turut hadir Koordinato­r Wilayah Kursus Perkahwina­n Keibubapaa­n, Alpha Malaysia Cawangan Sarawak Dr Wong Howe Tung Chuei Lian.

 ??  ?? TAHNIAH: Fatimah (tiga kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada wakil peserta bahasa Mandarin pada Majlis Penutupan Rasmi dan Parti Kursus Perkahwina­n (Bahasa Malaysia dan Mandarin) di Kuching kelmarin. Turut kelihatan Wong (kiri) yang ditemani isterinya.
TAHNIAH: Fatimah (tiga kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada wakil peserta bahasa Mandarin pada Majlis Penutupan Rasmi dan Parti Kursus Perkahwina­n (Bahasa Malaysia dan Mandarin) di Kuching kelmarin. Turut kelihatan Wong (kiri) yang ditemani isterinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia