Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan putuskan agar Sistem Insurans Pekerjaan dilaksana mulai Januari 2018

-

KUCHING: Kerajaan telah memutuskan supaya Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dilaksanak­an mulai Januari 2018, manakala bayaran faedah SIP bermula pada Januari 2019.

Menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem, Rang Undang-Undang SIP telah dibentangk­an di Parlimen pada 1 Ogos lalu.

“Bagaimanap­un, bacaan kedua RUU SIP telah ditangguhk­an memandangk­an pihak majikan dan pekerja berpendapa­t bahawa kadar caruman satu peratus (0.5 peratus majikan dan 0.5 peratus pekerja) adalah terlalu tinggi dan meminta antara lain supaya kadar tersebut dikaji semula.

Susulan daripada itu, satu sesi libat urus melibatkan empat menteri kabinet telah diadakan pada 10 Ogos lepas yang dipengerus­ikan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Gani.

Pada sesi tersebut, secara prinsipnya semua pihak telah mencapai persetujua­n agar kadar caruman dikurangka­n daripada 0.5 peratus kepada 0.2 peratus yang akan dicarum oleh majikan dan pekerja.

Kadarcarum­aniniadala­hyang terendah di dunia. Keputusan tersebut juga telah dipersetuj­ui oleh Kabinet pada 17 Ogos dan mengarahka­n supaya RUU ini dibentangk­an di Parlimen pada penghujung bulan ini.

SIP merupakan jaringan keselamata­n sosial bertujuan membantu pekerja yang kehilangan pendapatan disebabkan hilang pekerjaan.

Objektif SIP adalah untuk menyediaka­n bantuan kewangan segera (tujuh hari selepas disahkan hilang pekerjaan) bagi membolehka­n mereka yang kehilangan pekerjaan meneruskan kehidupan harian sehingga mendapat pekerjaan baharu yang sesuai.

SIP juga menyediaka­n perkhidmat­an pekerjaan iaitu perkhidmat­an carian kerja, kaunseling kerjaya, padanan pekerjaan dan penempatan pekerjaan kepada pencarum yang kehilangan pekerjaan .

Di samping itu, pekerja yang memerlukan kemahiran baharu akan diberi latihan termasuk latihan vokasional, ‘reskilling’ dan ‘upskilling’ untuk meningkatk­an kebolehpas­aran pekerjaan.

Kerajaan percaya bahawa SIP akan memainkan per- anan penting sebagai penstabil ekonomi dan memberi kesan positif dalam mengekalka­n aktiviti ekonomi negara secara mampan, sekiranya berlaku kelembapan atau kegawatan ekonomi.

SIP juga akan meningkatk­an kecekapan pasaran buruh melalui mekanisme penawaran dan permintaan tenaga buruh yang lebih efisien dan berkesan, seterusnya meningkatk­an produktivi­ti dan daya saing industri.

Ia telah dilaksanak­an oleh lebih 75 negara termasuk semua negara maju dan negara-negara jiran seperti Vietnam, Thailand, Taiwan, Korea Selatan, China dan Jepun.

Hampir kesemua negara tersebut memperkena­lkan SIP ketika keadaan ekonomi negara mereka stabil dan pelaksanaa­n tersebut terbukti memberi kesan yang positif kepada pekerja yang terjejas semasa kegawatan ekonomi.

Oleh yang demikian, inilah masa yang tepat untuk Malaysia melaksanak­an SIP yang merupakan sebuah jaringan keselamata­n sosial yang penting bagi golongan pekerja yang merupakan aset negara.

 ??  ?? RASMI: Adam (tengah), Gerawat (berdiri, empat kanan) dan tetamu lain bersama memotong kek warga emas sebagai simbolik perasmian majlis tersebut.
RASMI: Adam (tengah), Gerawat (berdiri, empat kanan) dan tetamu lain bersama memotong kek warga emas sebagai simbolik perasmian majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia