Utusan Borneo (Sarawak)

Sacofa adakan ceramah tangani khabar angin, salah faham terhadap telekomuni­kasi

-

KUCHING: Syarikat infrastruk­tur ICT, Sacofa Sdn Bhd (Sacofa) telah diberi tauliah untuk menyampaik­an sasaran liputan telekomuni­kasi dan jalur lebar di Sarawak.

Pihaknya telah mengadakan ceramah keselamata­n awam di Miri semalam dalam usaha menangani khabar angin dan salah faham masyarakat terhadap telekomuni­kasi.

Ia telah dijalankan dengan kerjasama Agensi Nuklear Malaysia dan Majlis Bandaraya Miri (MBM).

Ceramah keselamata­n awam itu antara lain berjaya dianjurkan dengan kerjasama Majlis Perbandara­n Sibu dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) sebelum ini dan akan dilanjutka­n sehingga tahun depan.

Objektif utama pihaknya adalah untuk memberi perkongsia­n berkaitan terutama salah faham daripada sebaran khabar angin mengenai menara telekomuni­kasi pihaknya.

Sesi tersebut turut memberi tumpuan kepada keselamata­n awam berkaitan Frekuensi Radio (RF) dan Medan Elektromag­netik (EMF), yang telah dijalankan pihaknya di seluruh Sarawak.

Jelas dibuktikan bahawa menara telekomuni­kasi tidak memberi sebarang ancaman kepada kesihatan dan keselamata­n awam melalui pelepasan yang dikatakan berbahaya sebelum ini kerana ia jelas didapati mematuhi tahap pelepasan yang telah ditetapkan oleh standard kebangsaan dan antarabang­sa di seluruh Sarawak.

Ujian RF sebelum ini telah dijalankan oleh Agensi Nuklear Malaysia antara Januari dan Oktober 2017 di lapan kawasan luar bandar dan bandar, dengan dua lagi dijadualka­n sebelum penghujung tahun ini.

Mereka telah mendedahka­n bahawa pelepasan di sekitar kawasan menara telekomuni­kasi bervariasi dari 0.01 peratus sehingga 0.26 peratus maksimum.

Jelas sekali ia tidak me- lebihi had tahap yang telah ditetapkan oleh Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan mematuhi sepenuhnya piawaian yang ditetapkan oleh Suruhanjay­a Antarabang­sa Bagi Perlindung­an Sinaran Bukan Pengionan (ICNIRP).

Taksiran atau audit pelepasan RF tahun ini telah dilaksanak­an di Kuching, Sibu, Miri dan Sarikei.

Perkara yang sama akan dilaksanak­an di Bintulu sebelum penghujung tahun ini, jelasnya.

Sebagai tambahan kepada penemuan ujian dan audit, penceramah pada seminar itu, Chee Lay Heng daripada CISSPR Sdn Bhd dan Roha Tukimin daripada Agensi Nuklear Malaysia telah menjawab beberapa pertanyaan bagi menangani isu pelepasan menara telekomuni­kasi itu.

Ia termasuk memberi gambaran keseluruha­n teknologi tanpa wayar, telekomuni­kasi mudah alih dan cara kerja antena dan penyebaran (transmisi), pendedahan­nya terhadap manusia, kesan biologi, radiasi tanpa pengionan dan kebimbanga­n kesihatan awam.

Daripada siri sesi penglibata­n awam, Pengarah Urusan Sacofa Zaid Zaini berkata: “Salah faham umum telah berpunca daripada pelbagai kumpulan, media sosial, sekumpulan NGO yang terdiri daripada orang awam dan pegawai.

“Rundingan ini memberi peluang yang baik kepada para pakar untuk membentang­kan fakta-fakta disokong dengan bukti-bukti kukuh, untuk memastikan keprihatin­an awam dipenuhi dan tidak wujud salah faham itu.”

Pusingan ujian terbaru pihaknya menunjukka­n bahawa menara Sacofa secara purata 790 kali lebih baik daripada piawaian Perlindung­an Sinaran Antarabang­sa (ICNIRP) yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan telah diterima pakai sebagai standard mandatori yang ditetapkan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia, tambahnya.

 ??  ?? TIDAK BERBAHAYA: Datuk Bandar MBM Adam Yii (dua kanan) pada ceramah keselamata­n awam anjuran Sacofa di Miri.
TIDAK BERBAHAYA: Datuk Bandar MBM Adam Yii (dua kanan) pada ceramah keselamata­n awam anjuran Sacofa di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia