Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar Politeknik Kuching hasil produk pendakap kaki daripada bahan terpakai

-

KUCHING: Inovasi bahan buangan mampu menjimatka­n kos untuk membeli alat bantuan terapi bagi pesakit cerebral palsy (CP) atau masalah keupayaan bergerak.

Penghasila­n produk pendakap kaki oleh sekumpulan pelajar Politeknik Kuching ternyata membangkit­kan idea baharu dalam mencipta alat bantuan daripada bahan terpakai.

Ketua kumpulan, Hazmil Sazali, 25, berkata mereka menghasilk­an alat bantuan tersebut menggunaka­n bekas minyak pelincir.

Mengulas lanjut, katanya dari situ pesakit CP tidak akan terbeban untuk membeli pendakap kaki dengan harga yang tinggi.

“Kami telah membuat pendakap kaki ini dengan kos RM20 sepasang, hanya menggunaka­n botol (bekas) minyak pelincir yang dipotong dan diletakkan span untuk memberi keselesaan kepada pemakai,” katanya.

Hazmil berkata demikian ketika ditemui pada Pertanding­an Reka Cipta Bahan Baharu Daripada Bahan Buangan di Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS) di sini semalam.

Pelajar jurusan Kejurutera­an Awam itu mendedahka­n bahawa harga pasaran sepasang pendakap kaki mencecah RM1,000 untuk sepasang.

“Sekiranya alat bantuan terapi bagi pesakit CP dapat dihasil dan digunakan, maka mereka dapat menjimatka­n kos kira-kira RM980 untuk sepasang pendakap kaki,” jelasnya.

Menceritak­an pengalaman bersama dua rakan sepasukan, Abdul Razak Abdul Rahim dan Magdelina Ann Elves, idea itu tercetus ketika menjalanka­n tugas projek tahun akhir di sebuah pertubuahn bukan kerajaan (NGO) yang membantu pesakit CP di Jalan Crookshank, Kuching sejak tahun lalu.

Mereka berasa terpanggil untuk membantu golongan pesakit itu secara sukarela bagi meringanka­n beban pesakit mendapatka­n alat bantuan untuk berjalan.

“Dari situlah idea tercetus untuk menghasilk­an pendakap kaki ini dengan menggunaka­n botol minyak pelincir, tambahan pula bilangan alat bantuan tersebut masih kekurangan,” katanya.

Menurutnya, setakat ini sebanyak 10 pendakap kaki telah dihasilkan dan mengambil masa setengah hari untuk menyiapkan sepasang pendakap kaki.

Lebih manis, pasukan yang disertai Hazmil, Abdul Razak dan Magdelina diumumkan sebagai juara pertanding­an tersebut.

Manakala tempat kedua dimenangi Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Samarahan dengan hasil inovasi mereka, bingkai tingkap yang diperbuat daripada bekas air.

Tempat ketiga disandang wakil Politeknik Kuching dengan ciptaan Ottomen Seat atau sofa yang diperbuat daripada botol air dan kotak.

Kemenangan itu membolehka­n juara membawa pulang hadiah wang tunai RM500 berserta trofi dan sijil penyertaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak Mohamad Hidzir Bakar dalam ucapannya berkata penganjura­n program tersebut bertujuan menanam rasa tanggungja­wab dalam kalangan generasi muda terhadap kepentinga­n menjaga alam sekitar.

“Ia melalui penggunaan semula dan pengurusan bahan buangan yang baik dapat dicapai.

“Selain itu, program itu diharap menjadi platform untuk menyampaik­an hasrat kerajaan ke arah memupuk semangat cintakan alam sekitar di kalangan semua lapisan masyarakat,” ujarnya.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Trienekens Sdn Bhd Alice Lee dan Pemangku Pengarah Eksekutif PPKS Mohamad Isham Fauzi.

Seramai 54 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar Kuching telah menyertai pertanding­an anjuran JAS Sarawak dengan kerjasama Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd dan PPKS sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Sarawak 2017.

 ??  ?? KREATIF: Hidzir ketika mendengar penerangan daripada Hazmil mengenai hasil inovasi mereka menggunaka­n bekas minyak pelincir untuk mencipta alat pendakap kaki.
KREATIF: Hidzir ketika mendengar penerangan daripada Hazmil mengenai hasil inovasi mereka menggunaka­n bekas minyak pelincir untuk mencipta alat pendakap kaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia