Utusan Borneo (Sarawak)

Langkah pemulihara­an spesies marin terancam dilakukan secara terperinci

-

MIRI: Semua langkah pencegahan, pemulihara­an dan pengawalan spesies marin terancam termasuk ikan yu dilakukan secara terperinci dan berdasarka­n kepada panduan sudah digariskan oleh kerajaan di bawah Pelan Tindakan Kebangsaan Malaysia.

Pengarah Jabatan Perikanan Sarawak Belayong Nyuk berkata di bawah pelan tindakan dikeluarka­n Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani dan Jabatan Perikanan Malaysia itu, kajian terperinci dilakukan sebelum spesies disenaraik­an kategori terancam.

Di bawah pelan sama, undang-undang iaitu Peraturan- Peraturan Perikanan ( Pengawalan Spesies Ikan Yang Terancam) 1999 turut dikuatkuas­akan bagi spesies disenaraik­an dalam kategori terancam di negara ini.

“Justeru, adalah tidak wajar sesetengah pihak mengatakan seolah-olah kami tidak mempunyai garis panduan kerana sememangny­a sudah ada garis panduan perlu diikuti dan dipatuhi berdasarka­n kajiankaji­an dilakukan oleh pakar.

“Bagi pengurusan ikan yu turut tertakluk kepada Pelan Tindakan Kebangsaan Malaysia (Untuk Pemulihara­an dan Pengurusan Ikan Yu (Pelan 2) diguna pakai agensi berkaitan di seluruh negara,” katanya ketika membidas kenyataan Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Iqbal Abdollah seperti disiarkan di akhbar tempatan berbahasa Inggeris semalam.

Bercakap kepada pemberita pada sidang media di sini semalam, beliau berkata pihak terbabit atau mana- mana pihak perlu mendapatka­n pengesahan dan maklumat sahih daripada Jabatan Perikanan terlebih dahulu sebelum mengeluark­an sebarang kenyataan.

Belayong berkata, ikan yu harimau atau nama saintifikn­ya Stegostoma­tidae seperti didedahkan oleh Iqbal dalam kenyataann­ya bukan dalam senarai spesies terancam di Malaysia walaupun ada beberapa badan di dunia meletakkan sebagai kategori terancam.

“Kita ada garis panduan kita sendiri untuk senaraisen­arai spesies terancam berdasarka­n kajian terperinci dilakukan. Sudah ada peran- cangan menyenarai­kannya sebagai terancam, tetapi tidak pada masa ini,” katanya.

Tambahnya daripada 34 keluarga ikan jerung atau yu, di Malaysia hanya 17 keluarga dengan 63 spesies hidup atau terdapat di perairan negara daripada 541 spesies terdapat di seluruh dunia.

Sebaliknya di Malaysia, terdapat lapan spesies yu disenaraik­an sebagai terancam iaitu yu paus atau jerung paus ( Rhinocodon typus Smith) dan tujuh jenis yu gergaji juga di bawah keluarga pari iaitu Anoxyprist­is Cuspidata; Pristis Clavata; Pristis Microdon; Pristis Pectinata; Pristis Perotteti; Pristis Pristis dan Pristis Zijsron.

Selain kumpulan yu di atas turut disenarai sebagai spesies terancam di Malaysia ialah dugong, enam jenis paus dan 13 jenis ikan lumba-lumba.

Belayong berkata selain melaksanak­an pelan tindakan pengurusan dan pengawalan ikan yu terancam, jabatan itu turut melaksanak­an kempen kesedaran secara berterusan seperti mendidik nelayan menggunaka­n kaedah penangkapa­n ikan secara mapan dan betul tidak menjadikan sesuatu spesies itu pupus atau terancam.

“Satu lagi kempen popular dan masih diteruskan hingga kini ialah Kempen ‘Tak Nak Sirip Ikan Yu’ iaitu salah satu usaha meningkatk­an kesedaran awam terhadap langkah menyelamat­kan ikan yu daripada dibunuh hanya untuk siripnya semata-mata,” jelas beliau.

Walaupun menu sirip ikan yu tidak diharamkan namun kempen kesedaran mengurangk­an malah jika boleh, menghentik­an hidangan sirip ikan yu di restoran atau kedai makan tetap dilaksanak­an dan dipergiatk­an kepada masyarakat.

Terdahulu, Belayong menghadiri taklimat mengenai pengawalan spesies ikan dan marin terancam dan pelan tindakan kebangsaan berhubung ikan yu di Pejabat Perikanan Bahagian Miri di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Pengarah Perikanan Sarawak Liza Long serta Pegawai Perikanan Bahagian Miri Buniamin Kiprawi dan pegawai kanan jabatan.

 ??  ?? SERTAI KAMI: AJK Kempen Derma Darah SMK Muara Tuang.
SERTAI KAMI: AJK Kempen Derma Darah SMK Muara Tuang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia