Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilik kenderaan harus guna hak jika tertipu

Pengusaha bengkel mempunyai pelbagai taktik menipu pelanggan bagi meraih keuntungan berganda, kata Wan Zain

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Pemilik kenderaan harus menggunaka­n hak mereka sekiranya tertipu oleh pengusaha bengkel membaiki kenderaan dengan alat ganti palsu atau terpakai.

Aktivis Sosial Masyarakat Wan Zain Syed Mohdzar berkata pengusaha bengkel mempunyai pelbagai taktik menipu pelanggan bagi meraih keuntungan berganda.

“Rata-rata pemilik kenderaan mengakui mereka sering tertipu, antaranya disebabkan keengganan pengusaha bengkel menyenarai­kan tanda harga bagi caj servis dan alat ganti,” katanya kepada Utusan Borneo di sini kelmarin.

Tambahnya, penipuan lain dilakukan ialah meminta pemilik kenderaan menukar alat tertentu sedangkan komponen dalam kenderaan itu masih boleh digunakan dan tidak perlu diganti. Malah, ada juga pelanggan

Rata-rata pemilik kenderaan mengakui mereka sering tertipu, antaranya disebabkan keengganan pengusaha bengkel menyenarai­kan tanda harga bagi caj servis dan alat ganti. Wan Zain Syed Mohdzar Aktivis Sosial Masyarakat

terpaksa berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk membaiki kenderaan mereka namun setelah seminggu digunakan kenderaan mereka kembali ‘meragam’.

“Pemilik mempunyai hak membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna serta agensi berkaitan jika tertipu dengan perkhidmat­an serta caj tidak masuk akal,” katanya.

Menurutnya, terdapat juga bengkel gagal melakukan kerja-kerja pembaikan dengan sempurna disebabkan alat ganti digunakan bukan alat ganti tulen.

“Harga alat ganti juga berubah-ubah mengikut kedai dan ada bengkel menawarkan harga jauh lebih mahal sedangkan jenama dan kualiti alat ganti adalah sama,” katanya.

Sehubungan itu, agensi kerajaan perlu segera bertindak terhadap bengkel atau peniaga sering melakukan penipuan alat ganti tiruan.

“Perkara ini sememangny­a berlaku terutama jika pemilik kenderaan terpaksa meninggalk­an kereta mereka dalam tempoh lama.

“Pada masa inilah pen- gusaha bengkel menukar alat ganti tiruan pada komponen kereta seterusnya menuntut bayaran pada harga barangan tulen,” katanya.

Pemilik kenderaan juga perlu memeriksa alat ganti pada kenderaan mereka sebelum menurunkan tandatanga­n pelepasan dari bengkel.

 ??  ?? WAN ZAIN
WAN ZAIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia