Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki nyaris maut dalam kemalangan

-

SIBU: Dua lelaki nyaris maut setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya di sini malam Ahad lalu.

Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar jam 8 malam di Jalan Salim/Stabau di sini.

Difahamkan motosikal dinaiki mangsa berlanggar dengan sebuah kereta datang dari arah bertentang­an.

Salah seorang mangsa berusia 30 tahun cedera di kepala dan muka manakala rakannya yang berusia 66 tahun cedera di kepala serta mengalami keretakan tulang kaki kanan.

Kedua-dua mangsa turut dilaporkan pengsan selepas insiden tersebut kemudian dibawa mendapatka­n rawatan di Hospital Sibu dengan menaiki ambulans.

Sementara itu, pemandu kereta terbabit dilaporkan selamat daripada sebarang kecederaan.

Punca sebenar insiden malang itu masih dalam siasatan polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia