Utusan Borneo (Sarawak)

Dermakan pakaian terpakai kepada Hospital Sentosa

-

KUCHING: Pihak Hospital Sentosa mengajak orang ramai untuk mendermaka­n pakaian terpakai mereka pada Kempen Kind-Hearted of Sentosa Hospital bermula semalam hingga 6 November depan.

Kempen yang dijalankan selama sebulan itu turut memerlukan bantal, peralatan dapur, kasut dan tilam bagi kegunaan pihaknya.

Bagi mereka yang ingin menderma boleh terus ke Unit Psikiatrik Komuniti di Hospital Sentosa pada waktu pejabat 8 pagi hingga 5 petang (Isnin hingga Jumaat) sahaja.

Pihaknya turut menerima pakaian baharu dan pakaian pelbagai saiz untuk kegunaan pesakit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia