Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita Vietnam ‘lakukan sesuatu’ di klia2

Menyapu muka orang awam secara lembut, tetapi bertindak kasar terhadap Kim Chol

-

SHAH ALAM: Wanita rakyat Vietnam yang menghadapi tuduhan membunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jongnam, didakwa ‘ melakukan sesuatu’ kepada orang awam di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) dua hari sebelum lelaki itu mati.

Pegawai Penyiasat Kanan, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Daerah Sepang/KLIA ASP Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz berkata berdasarka­n rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lapangan terbang itu, Doan Thi Huong didapati ‘melakukan sesuatu’ secara lembut kepada orang awam tetapi melakukan perbuatan sama secara kasar seperti serangan terhadap Kim Chol.

“Tindakan tertuduh Doan pada ketika itu, saya dapati dia menghampir­i orang awam yang dipilih olehnya secara rawak dan kemudian dia menyapu sesuatu ke muka orang awam itu dari arah belakang secara lembut.

“Kemudian apabila orang awam tersebut berpaling ke arahnya, tertuduh seakanakan meminta maaf dengan cara menundukka­n sedikit kepalanya dan merapatkan kedua-dua belah tangannya ke arah orang awam itu. Kemudian, Doan berundur dua tiga langkah serta berpaling dan beredar dari situ secara perlahan-lahan,” katanya yang merujuk keterangan­nya berdasarka­n CCTV bernombor 21 bertarikh 11 Feb lepas.

Saksi kesembilan itu berkata rakaman CCTV berlainan iaitu pada hari kejadian (13 Feb 2017) menunjukka­n perbezaan yang amat ketara di mana Doan melakukan tindakan yang sama terhadap Kim Chol tetapi secara kasar seperti melakukan serangan.

“Bagi saya, tindakan itu agak agresif. Perbezaan lain adalah dari segi tertuduh Doan berjalan secara laju dan tergesa-gesa,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddi­n Wan Ladin apa perbezaan antara tindakan Doan terhadap orang awam dan si mati.

Beliau berkata rakaman CCTV pada hari kejadian dibuat di Aras 3, berhampira­n dengan kawasan pemeriksaa­n masuk sendiri di Balai Berlepas klia2 manakala CCTV 21 menunjukka­n kejadian berlaku di kawasan zon hijau Aras 3 klia2.

Wan Azirul Nizam berkata demikian pada hari keenam perbicaraa­n warganegar­a Indonesia Siti Aisyah, 25, dan Doan, 28, yang didakwa bersama-sama empat yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Pelepasan klia2 pada 9 pagi, 13 Feb lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Menjawab soalan Wan Shaharuddi­n, saksi itu berkata beliau menyiasat perbezaan di antara 23 CCTV yang diperolehn­ya untuk membuat perbanding­an bagi membuktika­n sama ada kedua-dua tertuduh itu mempunyai niat untuk melakukan bunuh.

Dalam menjalanka­n tugasnya sebagai pegawai penyiasat kes itu, Wan Azirul Nizam berkata beliau mengambil kira butir- butir lain yang ada seperti rakaman CCTV yang dapat membantuny­a menjalanka­n siasatan melihat rakaman itu di bilik monitor di lokasi kejadian.

Selain merakamkan percakapan saksi-saksi pendakwaan dan pakar, beliau turut merakam percakapan Doan dan Siti Aisyah, katanya.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin bersambung hari ini. — Bernama

Kemudian apabila orang awam tersebut berpaling ke arahnya, tertuduh seakan-akan meminta maaf dengan cara menundukka­n sedikit kepalanya dan merapatkan kedua-dua belah tangannya ke arah orang awam itu. Kemudian, Doan berundur dua tiga langkah serta berpaling dan beredar dari situ secara perlahan-lahan. ASP Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz Pegawai Penyiasat Kanan, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Daerah Sepang/KLIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia