Utusan Borneo (Sarawak)

Kematian anggota TLDM: Mahkamah benar polis tukar perintah reman

-

LUMUT: Mahkamah Majistret Seri Manjung semalam mengeluark­an perintah baharu reman selama tujuh hari bermula semalam terhadap dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, bagi membantu siasatan kematian dua anggota pasukan itu, pada 29 Sept.

Tahanan reman dua anggota terbabit sebelum ini, yang berakhir semalam, dikeluarka­n mengikut Seksyen 325/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an cedera parah dan melakukan ugutan jenayah.

Majistret Ainul Bashiirah Dona Don Biyajid membenarka­n penukaran perintah reman itu terhadap dua anggota TLDM berkenaan masing-masing berusia 27 dan 39 tahun.

Pada 29 Sept lepas, dua anggota TLDM, Laskar Kelas 1, Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Laskar Kelas 1, Muhammad Lailatulim­an Mohd Sukri, 26, meninggal dua dipercayai akibat didera semasa menjalani tahanan di di Bilik Tahanan Sungai Wangi, Sitiawan.

Laporan forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh mendapati terdapat pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul hasil bedah siasat ke atas kedua-dua mangsa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia