Utusan Borneo (Sarawak)

Pengawal keselamata­n didenda pukul akauntan

-

KUALA LUMPUR: Garagara memukul seorang akauntan dengan topi keledar awal bulan ini, pengawal keselamata­n didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhka­n hukuman itu terhadap A.K Venosh Kumar ,27, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mencederak­an Ng Jay Soon, 25, di kepala dan bahu mangsa.

Venosh didakwa melakukan kesalahan itu di Lebuhraya Duta– Ulu Kelang (DUKE), Plaza Tol Batu, Sentul pada 2.23 pagi, 6 Okt lepas mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Mengikut fakta kes, Ng memandu kenderaann­ya di lebuh raya itu sebelum secara tiba-tiba sebuah kereta yang dipandu tertuduh memotongny­a dan menyebabka­n kereta mereka bergesel.

Mangsa berhenti di tempat kejadian untuk berbincang dengan Venosh dan menyatakan mahu membuat laporan polis. Tertuduh meninggalk­an tempat kejadian namun kembali dengan motosikal dan bertindak memukul mangsa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia